Ya Allah...
Liz betul2 dah lupe draft entry yang agak penting dalam idup Liz nie ;P
Sekarang jugak i nak stori..
Tarikh : 8 & 9 September 2012
Tempat : Masjid Al Ghufran, TTDI
Sejarah (lah sangat!!) telah tercipta.
Liz nie dari kecik mane penah pegang mesin jahit bagai.
Ok tipu!Pegang penah la tapi kalo kate nak menjahit memang ampun x penah.
Jahit pakai mesin maksudnye.Kalo jahit tangan cam butang ke,kain koyak tu penah la.
Tapi ofcos senget benget (tak cantik) ok!
Oleh sebab gambar agak banyak,caption adelah ala kadar :p
First Day :
:: Pagi tu sesi berkenal2an ngan kengkawan lain.Kami ader 7 orang semuanya (tiada dlm gambar ;P).Oh..itu kain ela kepunyaan Liz dan partner Mizah ::
:: Kertas minyak untuk buat pola baju.Ini untuk org2 yang baru belajar menjahit.Kalo dah terer xyah pola2 dah.Ukur2 sana,ukur2 sini then potong.Pada first timer macam Liz,mende2 nie sangat mencabar fizikal dan mental.Fuhh... ::
:: Lengan baju yang dah siap potong ::
:: Nie untuk leher pulak ::
:: Ini workstation Liz.Mesin jahit tu cikgu sediakan ::
:: Part paling mencabar,nak sambung kekek,badan baju dan lengan.Rase nak lompat tingkap pun ader :P ::
1st day nie kami buat baju sahaja.Besok baru sambung kain.
2nd Day ::
:: Belum pape dah amik sijilkan!Gambar dah terawal.Bole saje ::
:: Ini ekceli first day bile dah balik umah dan baju (sahaja) dah siap.Poyo nak amik gambar bagai sebab rase teruja pakai baju jahit sendirik ::
:: Okeh ini permulaan nak gunting kain.Ini pinjam kain kawan nak amik gambo ::
:: Nak buat kain x bape susah tapi bile sampai part nak wat tali pinggang tu rase macam nak lompat tingkap untuk hari kedua!!Susah yang hamat.Nak sambung getah ngan bakrem.Nak sambung pulak ngan kain yang dah siap tadi.Meninggal!! ::
:: Okeh ini masa dah siap semua ::
:: Bebaju kami.2nd day to jugak cikgu ajar nak sembat baju dan jahit mata lalat kat leher.Nanti Liz menjobo mata lalat Liz kat sini k! ::
:: Kekami bersama cikgu Yati ::
:: Cikgu yang baik hati :-D ::
:: Ini Kak Teh aka anak cikgu merangkap assistant yang sangat teror menjahit cam mak dier jugak ::
:: Hasil tangan sendiri.Bangga :-) ::
Patut bile dah abis kelas cikgu kate kene terus potong kain untuk baju kedua.
Tapi Liz nie dah dekat 3 minggu berlalu kain pun x beli lagi.
Tapi insya allah,masih ingat lagi skill2 cikgu bagi aritu.
Lagipun ader nota2 bole direfer :-)