Pages

Monday, January 16, 2012

Rahsia Suami Isteri

Info berguna yang Liz dapat while blogwalking.I'ts really good!
Something to ponder x-pecially kaum2 bapak nie.
Juga special untuk MY HUBBY :-)


Bagaimana untuk mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

~ Sentiasa berdoa agar disayangi.

~ Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

~ Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

~ Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

~ Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

~ Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

~ Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

~ Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

~ Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

~ Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

~ Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

~ Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

~ Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

~ Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

~ Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

~ Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

~ Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

~ Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

~ Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

~ Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

~ Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

~ Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

~ Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

~ Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

~ Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

~ Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

~ Sentiasa lakukan ibadah bersama.

~ Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

~ Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

~ Urut belakang isteri sekali sekala.

~ Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

~ Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

~ Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

~ Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

~ Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

~ Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

~ Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

~ Lebihkan isteri daripada anak-anak.

~ Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

~ Seeloknya masuk tidur serentak.

~ Belai isteri sebelum pergi kerja.

~ Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

~Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

~ Lakukan riadah bersama isteri.

~ Pergi berkelah sekali sekala.

~ Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.


Special p/s : to Tuan Hubby yang disayangi ---> mama bukan nak layanan lebih2 pon tapi kalo 4 or 5 perkara di atas boleh dibuat pun dah cukup ALHAMDULILLAH!!Hahaha...bukan nak kate sayang x penah buat antara perkara2 tersebut di atas tapi too little la sayang!(Demand lebih haku!).PEACE :D

Tuesday, January 10, 2012

Hepi Besday Aiman Sayang!!

Entry pertama di tahun 2012.

Sarah dah memulakan fasa baru dalam hidup dier bila mana mula melangkah ke Tahun 1.
Pengakhiran 2011 dan permulaan 2012 adalah time yang sangat2 sibuk buat Liz.Baru anak nak masuk darjah satu tu.Semua citer2 yang berlaku akan Liz story later2 ok.

Dan hari nie jugak ekceli besday Aiman yang ke 5!Wah...dah 5 tahun anak bujang mama nie.Aiman sekarang makin manja dan makin macam2lah.Yang terlatest,dah pandai main badminton ngan mama!!Hoyey!Ader gak regu2 mama nak kuarkan peluh petang2 :D

Malam tadi weol gi beli kek kat King's Setia Alam utk Aiman bawak gi sekolah harini.Bukan takmo nak order cam selalu2 tapi mama terlambat!Takkan ader baker nak amik oder harini besok siapkan!Yang nie mama mintak maaf sgt2 kat Aiman.Nanti kalo ader rezeki dan time yang sesuai,kite celebrate sesame k!

Apepun,cam biasa,mama nak ucapkan selamat ulangtahun ke 5 buat Muhammad Aiman Zulsyahmi.Semoga menjadi anak yg soleh,bijak pandai,dengar kate mama dan ayah dan bergune pada bangse dan negara.Doa dan harapan mama sentiasa yang terbaik untuk semua anak2 mama.Sayang Aiman sayang Sarah muah muah!!

update 13/1/2012 : nak letak jugak gambar Aiman kecik2 nie.soo cekci--->tgh main air kat umah wan atuk :D