Pages

Monday, March 09, 2015

Beraya Sakan La Tahun Nie!!


Tadi dapat emel dari Telekom Malaysia.

:: Klik gambar kalo korang nak baca ::

Kalo x clear jugak, meh Liz copy sini.....


Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 4th March 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tmbnotice@outlook.my  

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 30th March 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Terima kasih Telekom...Terima kasih Toyota...Terima kasih TNB sebab bagi saya peluang beraya sakan tahun nie!
Kite suke sangat!!
RM270k tu....
Bukan takat raya puasa, raya haji, raya deepavali, krismas, silap2 masuk chinese newyear next year pun lepas lagi nie nak beraya....


Hahaha...
Kalo la betul ini semua alangkah bahagianya....
Tapi konfem la ini semua poyo!
Saya x main loteri lah mak encek!
Nak menang cemane.

Lenkali xyah la susah2 hantar emel cenggini kat saya ye...
Saya dapat saya delete teruih...
Pi main jauh2 :-)

Friday, March 06, 2015

Rice To Wednesday



Hari Jumaat kalo ader kelapangan memang opis Liz akan aderkan bacaan yasin.
Kebetulan hari nie ader boss bawak nasi kerabu.
Wife dier yang masakkan.
Sedappp.....

Walaupun xder darah pantai timur, tapi Liz memang penggemar makanan pantai timur nie.
Nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi berlauk lagi pebret!

Nah...belanje gambar je kat korang...
Nak hulur jauh sangat!





Bukan setakat bekpes, lunch pun sapedek nie jugak!
Siap masak nasi tambah.

Ok la. selamat berweekend la semua ye!


p/s : selalu sabtu ahad takde entry, tapi tatau la kot2 ter'ada' pulak kan...

Tata.....

Thursday, March 05, 2015

Kisah Semalam


Semalam xde entry sebab Liz bercuti kecemasan.
Ekceli mak Liz ader appoinment kat sepital.
Sementara mak ngan abah balik, Liz tunggu la kejap dak kecit tu.
Abang kakak ayah hantar pi sekolah.
Selalu atuk yang hantar.

 Nak jadi citer, mak abah balik dr sepital dah dekat tengahari.
Memula ingat nak masuk opis lewat sket.
Tapi bile dah masuk tengahari, memang rase M la nak gi kan!
Kalo opis sekangkang kera bole la pecut jam2 tu sampai.
Lagipun mak abah x bape nak sihat.
Mak kate time check up, darah naik pulak.
Sian mak abah :-(

Hopefully mak abah Liz akan kembali sihat.
Tak suke tengok dorang sakit kan :-(
Agaknye penat sebab jage cucu pun iye jugak tu...
Anak2 Liz kalo ngan atuk wan main order je.
Pelempang nanti tau la...
Dah siap2 pesan pasni nie buat semua sendirik.
Jangan mengengade nak suruh wan atuk macam2.


Nie nak share....
:: Alhamdulillah x miss lagi. Almost everyday and harap selamanya....Amin...::


Tuesday, March 03, 2015

Lapar Lapar Lapar....



:: Pagi2 dah lapar....tulun tulun ::

Nampak pulak gambar roti sarang lebah nie.
Dap dap nye....

Nak bekpes ape pun tatau.
Jap gi kul 9 nak meeting.
Tunggu kuih meeting jelah nampak gayenye...

Monday, March 02, 2015

Ujian Pertama Tahun 2015



2 Mac 2015.
Petang nie anak2 kesayangan Liz start ujian sekolah KAFA sampai hari Jumaat.

:: Memo daripada pihak sekolah :: 

:: Tahap 1 dan 2 lain2 timetable, so subjek untuk Sarah dan Aiman berbeza ::

:: Semalam dah suh 2 budak bertuah nie baca buku tapi harapan la....mama ok je...korang yang nak test kan! Kalo result x ok....siap!! ::

Apepun mama doakan Sarah Aiman diterangkan hati dan tenang nak jawab test kejap lagi...
Amin...


p/s : arini gi keje naik motor tumpang hubby sebab jalan jem x hengat! Awal2 pagi dah ader info pasal traffic masuk kat henpon. So amek keputusan xmo drive...hikhik tata :-)