Info berguna yang Liz dapat while blogwalking.I'ts really good!
Something to ponder x-pecially kaum2 bapak nie.
Juga special untuk MY HUBBY :-)
Bagaimana untuk mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
~ Sentiasa berdoa agar disayangi.
~ Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
~ Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
~ Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
~ Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
~ Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
~ Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
~ Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
~ Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
~ Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
~ Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
~ Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
~ Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
~ Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
~ Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
~ Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
~ Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
~ Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
~ Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
~ Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
~ Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
~ Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
~ Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
~ Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
~ Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
~ Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
~ Sentiasa lakukan ibadah bersama.
~ Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
~ Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
~ Urut belakang isteri sekali sekala.
~ Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
~ Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
~ Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
~ Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
~ Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
~ Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
~ Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
~ Lebihkan isteri daripada anak-anak.
~ Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
~ Seeloknya masuk tidur serentak.
~ Belai isteri sebelum pergi kerja.
~ Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
~Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
~ Lakukan riadah bersama isteri.
~ Pergi berkelah sekali sekala.
~ Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Special p/s : to Tuan Hubby yang disayangi ---> mama bukan nak layanan lebih2 pon tapi kalo 4 or 5 perkara di atas boleh dibuat pun dah cukup ALHAMDULILLAH!!Hahaha...bukan nak kate sayang x penah buat antara perkara2 tersebut di atas tapi too little la sayang!(Demand lebih haku!).PEACE :D