Pages

Showing posts with label Sharing's Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing's Caring. Show all posts

Monday, June 02, 2014

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan


Salam Isnin.

Meh nak share something.

Artikel nie dah lama ader.
Dah ramai yang baca dan tahu.
Share jugak sebab untuk diri sendiri refer.
Liz senang betul sakit pale sekarang nie.
Kalo keje banyak, stress ---> siaplah!
Monyok je...


*******************************



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.


“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

*********************************

Ok, Liz admit.
Memang selalu amik paracetamol a.k.a panadol nie.
Even tengah bf Sophea sekarang pun, kalo tak tahan sangat memang Liz akan amik sebiji.
Pastu try tido.

Pasni leh try air 100plus ke, revive ke cam yang dier tulis kat atas.




Thursday, May 30, 2013

Doa Permudah Urusan



:: Betul kate Patrick tu ::


Masalah selalu datang dari diri sendiri so sila post motem diri sendiri sedalam2nya sebelum cari penyelesaian yang selanjutnya.
(Berape banyak 'nya' la!)



:: Banyak2 kan berdoa ::



:: Semoga Allah permudahkan segalanya ::



Mutiara kata untuk diri sendiri :


Tak salah untuk kita melakukan perubahan dalam hidup walaupun kadang kala perubahan itu akan dimulai dengan kesedihan namun penghujungnya adalah cahaya kegembiraan.


:: INSYA ALLAH ::


So sebagai pencuci mulut entry nie,nah hamek...

v

v

v

v


Kite tatap wajah Arrian anak tomok nie.
Aunty pinjam gambar dari fb ayah kamu tau!
Sebab x tahan dengan kecomelan kamu nie Arrian!
Kenapelah homey2 sangat nie??!!




:-)


Monday, March 11, 2013

Kuar Mesej "ipad not backed up this ipad hasn't been backed up. Backups happen when this ipad is plugged in, locked and connected to wifi" kat IPad??



Hamik ko panjang tajuk!


:: google ::


Petang semalam amik Sarah Aiman kat umah mak abah.
Cuti sabtu ahad dorang nak dok sane.
Selain ngaji,alasan adalah untuk bermain bersama kawan2 tercinta!


Ipad memang dorang bawak.
Semalam konon nak gune sekali tengok ader mesej kat screen.


"ipad not backed up this ipad hasn't been backed up. Backups happen when this ipad is plugged in, locked and connected to wifi"


(lupe nak snap gambo)


Then tekan OK tapi tak boleh!
Buat aper2 pun x bule!
Tanye anak2 nape jadi cenggitu.
Dua2 jawab tatau.
Patut la aritu Aiman ader kol tanye cemane nak ader wifi.
Ingatkan dier nak gune online game je.
Liz siap cakap umah wan atuk mane leh gune wifi.
Rupenye sebab dah ader mesej tu la tu.
Ipad memang langsung xley nak gune la sebab dier hang camtu je.
Mane nak tau sebab first time jadik.

So semalam sampai umah terus menggugle solution.

So kalo2 korang pun ader terkene masalah yang same,just buat camni je.


Tekan butang ON/OFF dengan butang HOME serentak dalam 10-15saat.
Sampai dier kuar logo APPLE tu.
Proses dipanggil "Reboot".
Then dier akan kuar screen cam bese.
Settled!


Alhamdulillah,semalam berjayalah!
Tapi still musykil aper yang menyebabkan dier jadi macam tu.
Adekah sebab ipad kami x diupdate ke latest ios?
Atau ader sebab lain?
Kot2 ader yang pakar leh tolong jawabkan.
Tq bebanyak.
Harap2 pasni x jadi lagi cenggitu.
Makcik nie kalo nak setle hal2 kecik ok la.
Kalo yg rumit2 tu mintak mahap la bebanyak hehehe....




Monday, January 07, 2013

Rahsia Surah Al Kautsar



Diambil dari mukabuku.
Untuk rujukan diri sendiri di masa2 akan datang.







Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.



Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-




1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.



2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.



3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.



5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.



6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.



7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Wednesday, November 07, 2012

Menebus Rebat Touch N Go


Tajuk skema.
Tatau tajuk yang sesuai.
Hantam sajork.


Maybe ader antara korang dah tau pasal ni.
Sape2 yang gune kad touch n go lebih dari 80 kali transaksi sebulan akan dapat rebat 20%.
20% tu akan dikira dari jumlah tol yang korang dah bayar untuk sebulan tu la.
Contoh : 80 kali transaksi tu dah bayar tol RM100, so total rebat yang korang dapat adalah RM20.
Untungkan!


:: Semalam Liz dah pi redeem rebat Liz dari bulan Jun sampai Oktober.::

:: Dapatlah rebat dalam RM118.Oklah tu.Dapat cover tol nak pi Johor weekend nie ::

Korang boleh redeem kat mane2 kaunter jualan Touch & Go.
Cam Liz semalam kat Petronas Bukit Jelutung.



:: Kalo nak check sendiri pun bole je.Gi masuk SINI.Kene register la dulu ::


Sebelum gi redeem boleh check dulukan.
Jangan jadi Liz memula dulu.
Suruh la adik t&g tu check rebat konon.
Sekali ader 60sen je (sedey!)
Walaupun banyak jumlah tol kite bayar,make sure transaksi sebulan tu 80 kali atau lebih la.
Kalo x ofcos la xde rebatkan!

Kalo aper yang Liz ngarutkan nie korang x bape paham,masuk je website atas tu.
Konfem paham :-P

Wednesday, October 31, 2012

I-city Waterpark


First of all, thanx to groupon untuk gambar2 di bawah :-)


Kot2 ader yang tertanye2 or tergugle2kan!
Saje nak share ngan korang, waterpark kat I-city akan dibuka pada public start jumaat next week.
Yes...9 November 2012.
Before this pegi I-city waktu malam je kan!
Pas nie ader can pegi siang pulak :-)


Sekarang Groupon tengah offer tiket Snowalk + Waterpark.
Murah sket dari harga normal.
Mane tau kot2 ader yang tengah mencari2 aktiviti untuk dilakukan menjelang cuti sekolah ni kan.

Korang leh gi SINI.
Jangan lupe bace terma dan syarat okeh!
Tapi kene cepat la sebab deal tinggal 2 hari je lagi!








Tu je nak share!
Babai....

Wednesday, October 24, 2012

Batu & Bunga Rose


Kalau ada orang baling kita dengan batu, 

senyumlah dan balinglah bunga rose 

kepadanya tetapi jangan lupa baling dengan 

pasu-pasunya sekali...



hahaha....nice quote kan ;-)




:: Kalo kene pasu besor nie mau berpinau biji mate! ::


- gambar rose tu credit tu en gugle :-) -

Thursday, October 11, 2012

Takwim Persekolahan 2013

:: Copy dari page Kementerian Pelajaran Malaysia ::


Sangat berguna pada ibubapa yang nak merancang percutian dengan anak2 kan!
Kalo nak lagi clear, sile ke sini :-)

Thursday, October 04, 2012

20 Perkara Yang Berubah.....Copy dari Muka Buku


20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”…Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! 
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!




Semua di atas adalah tersangat2 betul!!Memang kene dengan batang idung sendirik!!

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah....Rezeki Dari Allah

Yeay!!!
Dapat setengah bulan pun dah sangat ALHAMDULILLAH!!

Tq to PM yang sudi mengingati kami penjawat2 awam terutama yang bergaji sederhana nie.
Boleh jugak buat back up beli bajukainseluartudungkasuthenponraye untuk kami 4 beranak + mak abah Liz + mak abah hubby.

Ohh...jangan dilupa pada orang2 yang memerlukan.Mereka pun ingin menyambut raya jugak.


Liz share Ustaz Don punye statement - Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk (peringatan untuk diri sendiri) :



Sekian...

Friday, July 13, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W




Meh nak share sket ngan uols kot2 ader yang belum terbace artikel nie.




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 


************************************


So, jom kite amalkan sesame k!
Tak dapat semua sekaligus, kite mula sikit2 :-)

Tuesday, May 15, 2012

IUD


sumber ::google


Jangan pelik kalo Liz tetibe bukak topik IUD kat sini...




[Draf nie dah lama Liz siapkan.Cume x terpublish2 dari aritu.]


Liz nak share ngan uols....ekceli Liz guna method nie utk family planning.First time Liz pasang early 2007, beberapa bulan lepas deliver Aiman.Jangka masa adalah untuk 3 tahun.Kan kalo kite bace kat mane2,ader info yg kate kalo gune iud,percentage kite utk TIDAK terpeknen adalah 99% kan!Dan terbukti Allah Maha Berkuasa,Liz termasuk dlm golongan yg 1% itu!September 2008 Liz disahkan peknen oleh doktor.Doktor kate maybe iud tu tergerak sikit tu yg lekat!.Maka terpakse kuarkan iud dgn seketul darah yg baru nak menjadi.Then Liz pasang iud untuk kali kedua sampailah sekarang.

Dan setelah 5 tahun,sekarang Liz telah mula berkira2 untuk membuka iud tersebut.Perg..ayat skema giler!But yes!Seriously Liz akan menanggalkannya dalam masa terdekat.Sebab tu sekarang kalo mase berlebih,Liz cube menggugle aper2 yg berkenaan dengan pembukaan iud ini.Jeles beb tengok baby2 orang lain.Hahaha.....Sarah pun dah hint2 nak ader baby Mama yang baru!


OK--->yang nie kene update sket!Ekceli hari ni (15 Mei 2012)
 dengan rasminya Liz dah pon meremove iucd itu).Cerite 
lanjut akan diupdate tidak lame lagi :-)



So sesape yang ader pengalaman nak share,silela ye!

Kat bawah nie Liz share aper itu IUD sebenarnya.Kot2 ader jugak yang nak tau kan!


Kaedah Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device – IUD)
Kaedah Alat Instrauterin (IUD)


Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat daripada plastik berbentuk `T’ dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.

Terdapat dua jenis IUD iaitu:-

1. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan “T”. Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.

2. Progestasert Progesterone berbentuk “T” yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.


Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.
Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.

Pemasangan alat IUD

Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.


2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

4. Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-
o Tamat tempoh masa :-
 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
 1 tahun untuk Progestasert Progesterone
o Anda mengandung atau ingin mengandung.
o Anda ingin berhenti memakai IUD.


5. Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran.


Kesan sampingan
Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-

• Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah “anemia”.
• Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-

• Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.

• Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.


Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)

Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-


Jangkitan atau keradangan pelvik.

Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.


Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.

Penyingkiran IUD

Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran

Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy”

Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy” sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.

Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-

• Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
• Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim “ectopic pregnancy infection”

• Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)

• Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-

• Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.

• Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
• Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.


Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

• Sering memeriksa benang IUD

• IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.

o 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
o 1 tahun untuk Progestasert Progesterone

• Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-



• Tidak menghalang hubungan seks.
• Berkesan untuk menghalang kehamilan.
• Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A



Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-


• Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
• Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
• Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
• Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.


Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.



Rujukan


http://www.cfhc.org/html/iuds.htm
Risalah “Contraceptive Methods”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)
Risalah “Towards A Happy Family”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)



sumber : SINI

Thursday, April 26, 2012

20 Amalan Romantik Suami Isteri

Nak nengok Liz ader dok amalkan ke tak...


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
(Aktiviti wajib weol setiap hari.Liz kan kuar umah dulu dari hubby)

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
(Buat jugak kalo outststation)

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
(Selalunya Liz yg selalu kol hubby.Nak tunggu dier kol,payah sket la ;P.Tapi kenkadang hubby kol jugak...)

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
(Buat jugak kecuali tengah gadoh!!)

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
(Yang nie sangat payah!!Walaupun opis agak dekat tapi bole kire setahun 2x je kot boley lunch sesame)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
(Selalu i je yg report duty hehehe...)

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
(Ader jugak la kecuali kalo 2 2 penat.Hanya diam seribu bahasa muahaha...)

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
(Selalu jugak berselisih paham tapi yg pasti Liz yang mudah mengalah...malas nak panjang2 kan citer.Lagipon---->LeLaKi KaN EGO opsss!!!)

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
(Memang selalu di samping hubby Liz kalo dier tengok bola ---->walaupon Liz TIDO...janji di sisi kan ;P)

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
(Kalo berpisah pun masa memula nak biasakan Sarah Aiman tido bilik masing2.Liz teman Aiman, hubby teman Sarah hehehe)

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
(Selalunya weekend, insya Allah kami berjemaah)

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
(Sangat selalu!!)

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
(Selalunya i le yg rajin menseprise bagai!Hubby selalu kate---->dier x pandai nak romantik bombastik bagai nie...Takpe, mama dah tau dah hehehe)

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
(Bukan setakat senda gurau, bertepuk tampak,bertumbuk memang selalu weol buat.Gurau2 sayang kate orang ;P)

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
(Alhamdulillah,setakat hari nie,kami saling menghargai satu same lain walaupun selalu bercanggah pendapat)

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
(Pasal penampilan tu.....akan berjaya bile dah kurus nanti muehehehe...Setakat nie cube tukar gaya rambut dulu boley?!)

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
(Kami - terutama Liz memang sangat berterus terang.Cume hubby agak slow sikit dlm hal nie.Maybe dier tau bini dier mengong sket kot!Sikit2 nak emo.Sikit2 nak emo.Padehal xde mende pong!)

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
(Saya memang MAHU menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak2 saya.Dan juga orang2 disekeliling saya :-))

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
(Akan buat tiap2 hari.Mulakan dan akhiri hari dengan senyuman :-D.I LOVE U,U LOVE ME,WE ARE HAPPY FAMILY)

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
(Yes...saya akan melakukannya!)



Jom same2 kite....