Pages

Monday, July 30, 2012

Korang Dah Shopping Untuk Raya?

Kami 4 beranak adalah sikit2.Eh...anak2 ngan hubby je ekceli.Liz punye satu hapah pon belum.Kenkadang rase selera nak shopping raya cam xdak pulak.What's wrong wit u Liz??
-->abaikan!


:: Sumber : Google ::

Tengahari sabtu dah memulakan maraton kat One Utama.
Habis dari new wing ke old wing kami redah.
Ada jugaklah 3 4 jam kat situ.Kalo xder janji nak buka puasa kat umah makcik hubby mesti lagi lama weol kat situ.Sudah2 dekat kul 6 lebih sket batu gerak ke Tanjung Malim.Nasib baik hiway smooth je petang tu.Sampai2 dah nak time buke dah.

Itu ari Sabtu.
Semalam pulak dengan gagahnya Liz anak beranak menghala ke Kenanga Wholesale City yang selalu dengar iklan kat radio tu.Ohh...semalam bawak mak dan abah hubby sebab nak belikan baju dorang sekali.Sampai2 je kat Jalan San Peng dah start banyak kete.Dah la paking kat KWC tu punye tinggi.Masuk2 je dah tingkat 8.Kedai2 yang banyak tu start dari tingkat 7 ke bawah.Memang sangat banyak la kedai2 baju kat sini.Korang sediakan duit je.Tapi bagi Liz la kan,harga kalo nak beli satu lebih kurang je ekceli dengan harga kat luar.Kalo beli 3 ke atas barulah korang boleh rase penjimatan yang diwar2kan itu.Kate pun pusat pemborong ye dak!So semalam kami pi cuci2 mate je.Eh..rasenye orang len pun same.Takde la gila nak mensoping mcm murah sgt kan!



So, bile yang dicari tiada di situ, maka kami teruskan pengembaraan ke tempat tumpuan ramai bebulan pose nie.Mane lagi kalo tak.......















:: Credit : Google (again!) ::

Sini macam biasa -----> PADAT!!

Cuaca panas terik pulak tu.
So kene jalan lelaju.
Aiman dah merengek semanjang.
Dier memang tak suke tempat2 crowded nih.
Rembat aper yang patut.
Eh...kat sini rembat jubah mak hubby je pun.
Pas tu terus cari tempat aircond.
Okeh...pi Jakel.
Dapatlah Baju melayu Aiman + hubby + jubah abah.
Baju kurung Liz ngan Sarah --> tak jumpe lagi.
Sarah dah agak sentap semalam sebab dier punye baju xdak.
Bakal melakukan shopingan selanjutnya next week Insya Allah...
Lagipun nak bawak mak abah Liz pulak shopping.
Tapi maybe tak jauh kot.Setakat pi Setia City Mall je dah okeh.
Harap2 semuanya ada di sana.

Sekian cerita soping raye edisi pertama Liz and family.Tahun nie mengambil iktibar dari tahun lepas xmo dah shopping last minit!Baju xdak size,kasut xdak size,baju xdak kaler matching.Pening pening!!So bile dah settle 2 minggu pertama nie, insya allah  last week nak raye sok dah leh pikir nak kemas rumah pulak.Buat kuih ke hikhikhik (POYO!)...

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah....Rezeki Dari Allah

Yeay!!!
Dapat setengah bulan pun dah sangat ALHAMDULILLAH!!

Tq to PM yang sudi mengingati kami penjawat2 awam terutama yang bergaji sederhana nie.
Boleh jugak buat back up beli bajukainseluartudungkasuthenponraye untuk kami 4 beranak + mak abah Liz + mak abah hubby.

Ohh...jangan dilupa pada orang2 yang memerlukan.Mereka pun ingin menyambut raya jugak.


Liz share Ustaz Don punye statement - Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk (peringatan untuk diri sendiri) :



Sekian...

Wednesday, July 25, 2012

Air Oh Air!

Sekarang nie heboh isu air kat Selangor kan!
Tatau la ape masalah deme2 tu.
Yang nie kate A.
Yang tu tuduh B.
Jangan yang jadi mangse sok rakyat jelata sudah!

Tapi nie bukan nak citer masalah2 'negara' tu.
Nie masalah bil air umah Liz nih.

Sebelum2 nie, sejak pindah Shah Alam, weol x penah lagi bayar bil air lebih dari RM10 tau!
Kalo mase kat Kuchai dulu, konfem paling tidak belas puluh hengget!Maybe sebab tambahan adalah 20m3 pertama air free kat Selangorkan!

Tapi bulan lepas, bil adalah RM23.20 okeh!
Meme la x banyak tapi weol agak terkujat jugakla sebab angkanya naik mendadak!

Okeh, nie bukan salah sape2.
Ceritenye sebab last month tangki air kat umah Liz adalah bocor!
Agak lame dah Liz sedar tangki tu cam ader bunyi air.Bitau hubby tapi dier kate xder pape la tu.Pastu noticed jugak air sentiasa kuar dekat longkang dapur.Paip x bukak pun.Tengok longkang jiran sebelah takdelah mengalir je cam paip umah weol tu.Last2 Liz mintak tolong abah Liz panggilkan bangla yang keje kat opis developer tu tolong tengokkan.Bile dorang naik kat atas tangki, sah!Memang ader kebocoran. Abah suh dorang repair terus.

Nasib baik ader abah Liz.Kalo nak harap Liz ngan hubby, konfem, bil bulan lepas tu bukan RM23 tapi RM230 (sebab pakat biar je)!Hohh.....

Tuesday, July 24, 2012

Biskut Raya

Kejap dah masuk 4 hari puasa kan!
Semalam Liz EL atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Anak2 pun tak gi sekolah sebab Liz ader kat umah.

Aiman ngan Sarah puase yangyok je.
Dah la first day aritu 2 2 buke pukul 6.30 ptg.
Sayang betul!
Semua sebab dorang gi main kat playground ngan cousin2 dier yang kecil molek tu.
Deme sume mane pose.
Last2 sampai umah 2 2 mintak air.
Anak Anak!

Hari kedua lagi la ke laut!
Macam mana pun Liz akan pastikan Sarah Aiman berpuasa penuh nanti. 

Ohh...puasa dah 4 hari tapi Liz masih x jumpe sample kuih2 raya macam tahun2 sebelum nie.
Aper sume orang xmo bisnes biskut raya dah ke??



Tart nenas nie hubby beli dari kawan opis dier.Tapi memang agak mahal la.
Sebekas nie RM28.Maybe sebab tu orang malas dah nak jual biskut2 nie.
Kos meningkat kot.Tapi tart nie memang sedap!Nie bekas kedua hubby beli.Belum pose dah abes ;P

Dan nampak gayanya tahun nie nak tak nak kene jugak bikin biskut raya sendiri sejenis dua heheheh....Insya Allah...


p/s : baru 4 hari pose dah kecoh raye.apedaa....

Friday, July 20, 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

Salam Jumaat.

Esok (21 Julai 2012) kite semua start berpuasa.

Dan time2 sekarang mesti ramai tercari2 waktu imsak dan berbuka kan!

Sila KLIK sini.

Korang klik la ikut kawasan masing2 :-)

Terima kasih kepada pihak JAKIM atas maklumat tersebut.


Ohh...kepada semua yang membaca entry ini, Salam Ramadan Liz ucapkan.
Semoga kite sama2 memperbanyakkan ibadah dan diberkati Allah S.W.T.
Malam nie sama2 gi terawih okeh!



Tuesday, July 17, 2012

Korang Teka Menu Kat Mana Nie??

Cer la teka......
(ker ader yang dah familiar nie ;P)


:: Pinggan 1 - sambal ikan + ayam masak lemak + ayam masak blackpepper ::


:: Pinggan 2 - spageti + ayam blackpepper jugak ::


:: Pinggan 3 - hati ayam masak kicap + sup daging besar2 ::



Hahahha...kantoi!Nampak pinggan.
Ye..ini menu kat Redbox Ria Sogo.
Sangat yummeh buffet malam dier.
Start kul 6-10 malam leh melantak macam2.
Tu pun banyak yang x amik lagi.
Laksa,mee etc etc etc etc...
Kalo kat RB lain mane ader menu ala2 kemelayuan cenggini kan!




p/s : member kad RB Liz dah hilang tah ke mana.Banyak point dah tu.Harap2 jumpe semula huhuhu... dan jugak sempena bulan ramadan nie,aktiviti2 test vokal akan ditangguhkan sehingga ke satu masa yang akan ditetapkan...:P

Anak Anak Terchenta Punya Kerja

Citer lama kat dalam draf....
Ini hasil2 nukilan anak2 Liz (cam bese).
Banyak lagi hasil nukilan dorang yang akan Liz simpan kat blog nie.
Nanti bile dah besar,Liz tunjuk sume kat dorang.
Okey kan!Kenang2an katenye...


1.

:: Nota ditulis oleh Sarah time Liz nak gi kursus kat Langkawi aritu.Sebak i tau!
[baby = Sarah] ::




2.


:: Ini pulak hasil tangan Aiman :-) ::

Tu je...

Monday, July 16, 2012

Andrew Garfield - Si Hero Spiderman Yang Baru

Hohhh....

Ini penangan citer Spiderman semalam.
Overall,movie memang best.
Dan x sangke,Liz sangat emosi sampai tengok citer spiderman pun bule tersedey!
Xpecially part pakcik Peter kene tembak tu.Time tu dier lari merajuk kene marah sebab xgi amik makcik dier.Huhuhu...Tersentuh sket naluri keperempuanan Liz nih.

Dan tambah2 jugak, hero kali nie sgt ohsem compared to yang lame.Itu pendapat Liz lah.

Tak caye,cer usya2 sket si Andrew Garfield yang comei ni...


v

v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v




:: Kan! Kan! ::



p/s : hujan sangat2 lebat di luar...harap2 reda sebelum pulang sat lagik...

Weekend Sebelum Ramadan

Hari Sabtu aritu hubby xder kat umah dari pagi sampai malam.So,Liz ngan anak2 lepak umah mak abah je.Dorang kan ngaji.

So semalam kire acara membalas dendam untuk hubby sebab kene menghabiskan waktu dengan kami.Pagi2 bute kami ajak ayah gi Pasar Pagi kat Stadium Shah Alam.Jalan2 cari bekpes sambil sempat jugak merembat sebarang dua untuk kami.Dapat jugak sepasang telekung baru untuk Sarah.Pastu continue beli barang2 dapur kat Giant.Dahlah memang parking dalam Giant.Berarak la kami 4 beranak ke pasar pagi.Sebab parking memang dah xder kat sekitar pasar pagi tu.

Then tengahari balik umah jap rehat2 and siap2 booking untuk layan spiderman kat GSC Setia City Mall.

Ohh..yang betulnya semalam last weekend before puase kan!Next week dah datang Ramadan.

Itu citer aktiviti kami semalam.

Yang bawah nie gambar time kami melepak kat Tasik Permaisuri aritu.Dah agak lama sampai x hengat bile hohoho...Nampaknya kalo nak pekena sengkuang kacang kat situ kene tunggu lepas raye la ek!

:: Agak lengang sebab sampai awal ::

:: Sarah memang ratu memanjat.Dier sangat hebat panjat mendalah yang gayut gune dua tangan tu.Dari hujung ke hujung tanpa bantuan okeh ::

:: Aiman perati je aper kakak buat.Ohh..time sukan baru2 Sarah dapat no1 dalam acara lumba lari.Hohh..nak jadi waris mama jadi ratu pecut ke kakak?!(Mama perasan ;p) ::

:: 2 beradik kesayangan saya ::

:: Air memang sentiasa dibawak ke mana2 ::

:: Gayut lagik ::

Friday, July 13, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W




Meh nak share sket ngan uols kot2 ader yang belum terbace artikel nie.




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 


************************************


So, jom kite amalkan sesame k!
Tak dapat semua sekaligus, kite mula sikit2 :-)

Thursday, July 12, 2012

Gi Ngaji Umah Mak Nab

:: Ini gambar mase Sarah ngan Aiman nak pi ngaji umah Mak Nab (a.k.a jiran mak abah Liz).Wan Mah tukang hantar.Mama tukang snap gambar ::

Liz antar dorang ngaji Sabtu Ahad.Bukan xder orang ajar ngaji kat kawasan umah Liz nie tapi dorang kene ngaji lepas maghrib.Kesian pulak ngan anak2 coz terlalu pack sgt masa dorang kan!Sarah la paling kesian.Sekolah pagi petang then malam kene ngaji pulak.So,jalan selamat,antar ngaji weekend.Memang lah lambat pergerakan pengajiannya sebab 2 kali je seminggu (tu pun kadang2 ponteng jugak ari Ahad),tapi sekurang2nya dorang lebih selesa nak ngaji dari pakse2 waktu tengah penatkan!Insya Allah bila dah pandai bahagi2 time besok2,dorang akan ngaji dekat2 sini jugak.Insya Allah...Ohh,ngan Mak Nab yuran ngaji RM30 sorang...Sangat berpatutankan.

Pil Yasmin


Ader tak yang tak kenal mendalah nie??
Kalo nak tau nilah pil yasmin yakni pil perancang.
Liz baru 2 hari start makan.Before this,sejurus selepas bukak IUCD aritu,doktor suggest amik Gynera.Ok je ekceli.2 peket sudah Liz makan Gynera dan sekarang saje2 nak try Yasmin nie sebab menurut pengalaman orang2 lain yang Liz bace, nie antara pil yang terbagus antara yang lenlain.Korang google je benefit dier.Meaning, Liz just continue je from Gynera pada Yasmin.2 hari dah amik,so far ok.Belum ader aper2 side effect yang melanda and harap2 xder!Harga agak mahal dari Gynera.Gynera dalam RM16 sepeket tapi Yasmin nie Liz beli kat Caring Pharmacy RM44.90.So,kite try test dulu untuk sepeket nie okeh!!

Monday, July 09, 2012

Selamat Tinggal Sahabat

Isnin.
Hari malas nak keje.
Eh,bukan malas.
Mood je kureng sikit.
Tambah2 lagi xdak orang kat opis.
Tinggal me and Nana my opismate.
Ohh...hari nie gak first day one of our geng start duty kat Intan Sabah.
Bubye Mikey!
Cam x caye Mike dah pindah sane.
Weol rase2 cam Mike tengah cuti je.
Takpe, weol akan cube terima hakikat.
Pasni tinggal me and Nana yang akan terkangkang2 wat keje kalau geng2 jusa masuk.
Kalau uols nak tau,Mike adalah sifu Liz sejak tukar kat sini.
Dari Liz zero sekarang dah leh jadi hero (eh,belum hero sangatlah!)

:: Bakal merindui saat2 ini ::

 :: Geng tddmka ;-P ::

Ayat Mikey pada kami satu mase dulu kalo weol kuar ramai2 ---> aku sorang je lelaki yang selalu ngan korang ek!Ohh...pasni ayat tu dah jadi ---> dah xder orang lelaki yang nak kuar ngan kite dah kan!So sad! Dah xder bodyguard huhuhu....

:: Last but not least, hadiah kecil kami buat Mike.Nasib baik Kekna kretip.Jadila frame yang sgt gorgeous nie.Weol balik2 je dari kelas,tinggal sign je.Tengkiu Kekna....Mike konfem simpan sampai mati nih hehehe ::

To Mr Mike (kalo dier bace)..selamat maju jaya tempat baru!Weol akan sentiasa ingat jasa2 baik,kenangan pahit manis dan sume2nyelah.

Nanti weol gi serang Sabah okeh!Dan sile jadi tourist guide kami.....Dan lagi, semoga dapat baby cecepat!Maklumlah....dah dekat ngan wifey kan!Gud Luck kawan!!!

Friday, July 06, 2012

Gelas McD...Again!!


:: Start today okeh!!Menggila lagi la Liz kali nie.Janji dulu dah xmo collect dah kan ::

Janji tinggal janji....oh gelas!Kenapa kau suke mengganggu gugat ketenangan nih...

Bile nak start hunting ni??

Thursday, July 05, 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

:: Buku nie hadiah dari mak hubby untuk anak kesayangannya ::

To me hubby, sile bace jangan ngelat...(buku nie tebal okeh!!)

Yang buruk jadi sempadan,yang baik jadi teladan.

Sekarang Nie Kat Mana Mana Pun Dah Tak Selamat, Maka Berhati-hatilah

Agak terkejut bile dapat tau citer nie.Mase tengok berita aritu, tv x bagitau pun (ke Liz x pasan) lokasi adalah di McD Puncak Alam.Bile blogwalking baru dapat tgk pic2 nie sume.


:: Gambar2 adalah Liz pinjam daripada blog2 korang yang ada tu.Maaf coz share jugak kat sini.Ohh...credit pada tukang amik gambar sebenar ::


Liz highlight citer nie kat sini coz kenkadang kalo xder arah tujuan nak makan,kami anak banak ader jugak menuju ke McD Puncak Alam nie.Dan sekarang dah rase cam x selamat je...


Ya Allah,Kau lindungilah kami semua dari perkara2 yang x diingini Ya Allah!

Wednesday, July 04, 2012

Metrojaya Raya Sale 2012

Ye...hari ni dah start okeh.

Venue seperti biasa di Stadium Shah Alam.

Puasa start pun lagi 2 minggu dah sibuk nak gi raya sale kan!

Kak Liz Kak Liz...

Tapi berdasarkan pengalaman tahun2 lepas, kalo nak barang best2, sile pegi awal2 ye!

Kalo nak gi last day yakni ari Ahad sok,konpem tinggal yg x bape nak best je.Selain dari keadaan padat,mampat sendat kat dalam tu dgn orang ramai.Lagi2 kot ader yang bawak anak kecik.Salah satu faktor coz orang2 yang dari pasar tani pagi ahad tu konfem singgah situ jugak kan!Maka bertindaklah dengan bijak kalo mahu join ini sale...weeeehuuuu....



Keterangan lanjut sile ke SINI...



Ohh...pagi ni tadi Liz bekpes nasi lemak kerang Mike belikan share ngan Kekna.Pastu disudahi dengan biskut kering cicah kopi Che Nah...Terbaik!!

Bergabung ----> Meletop!!

:: Santapan ---> Mee Kari Udang ::





+







:: Air Penghilang Dahaga ---> Lemon Boi ::



Lokasi : Food Court Jalan Duta




(Ini menu lunch semalam.Pagi nie tatau nak bekpes aper gagagga...)

Tuesday, July 03, 2012

Cake In Mug -->Guna Mikrowave

Buat coklat kek dalam mug gune mikrowave??
Bunyi cam payah2 nak percaya kan!
Tapi percayalah......memang jadik :-)

:: Liz bancuh sikit2 je sebab baru 1st time nak try (di samping x berapa konfiden masak ke tak kek ni kang)  ::

First2 masukkan bancuhan tu dlm mug terlebih sikit.Tu yang membuak2 keluar kat tepi2 mug tu.Patut letak 3/4 je.



:: Hohh...itu sebagai pencucuk nak tau isi dalam masak ke tidak.Gambar bawah : terbukti masak dan tidak melekat.Teruja sikit heheheh... ::



:: Yang Liz guna bukan mug tapi cawan yang agak lebar.Asal bole jelah kan!
Yang penting---->jadik! ::

Meh sini Liz share resepi.Liz gugle je aritu.Tak ingat dari sape.Kepada tuan punye resepi, terima kasih banyak2 dan maaf x mintak izin dulu.Ampunkan patik penunggu gua...eh.

Nah resepi...

Nutella Mug Cake

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula kastor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak sayuran

Cara--cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar
2. Kacau rata sampai sebati
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2  - 3 minit (bergantung kepada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

Sekian dan selamat mencuba :-)

Check Saman Kat Myeg

Saman yang RM150 aritu masih belum bayar.
Semalam gatal cek kat Myeg lagi kot2 ader saman baru dan alhamdulillah....belum ader hehehe.


Sekarang kalo kite cek saman kat Myeg,dorang dah letak sekali gambar kete kite yang telah disnap sewaktu kejadian.So, xkan ader silap2 saman lagi okeh!
Tu, gambar kat atas tu memang konfem kete makcik tu muahahaha.....

Kalo korang nak check jugak, sila ke SINI...
Tapi make sure kene register dulu okeh!

Tata...

Monday, July 02, 2012

Sebulan Sudah....

Genap sebulan x update blog, tetibe teruja nengok encik Nuffnang bagi Liz BE.
Time kasih bebanyak la team Nuff ye!U really make my day!Terus semangat nak update hari2.Heheheh...

Bukanlah maksud bile ader BE baru semangat nak update.Ekceli, hari2 pun semangat berkobar2 tapi bile ader BE, energy dier terus lain macam!!Hah..poyo kak Liz nih.Kite tengok sejauh mane semangat kak Liz ni okeh!


:: Thanks again Nuffnang ::