Pages

Friday, March 22, 2013

Tengahari Panas Berdenting dan Bila Petang -Hujan Pun Turun



:: Kuasa tuhan ::

Dah berapa hari dalam minggu nie hujan waktu petang kan!
Dan dah bape hari jugaklah berlari2 anak dari opis nak ke paking kete.
Walaupun x jauh tapi kuyup jugaklah bile masuk kete.


Cer tengok gambar atas.
Gambar petang semalam.
Kat opis punye selebat2 hujan sampai drive x nampak jalan.
Bile sampai je umah, cerah!
Bukti kekuasaan Allah SWT.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, March 21, 2013

Wafel A&W



Last weekend dah makan ekceli.
Tapi time panas2 cenggini dapat lagi wafle a&w nie gerenti perut senang hati kan!


Cuti Itu Indah :-)



Mari goyang2 buntuit!
Esok dah jemaat.
Jemaat kali nie lebih bermakne coz weekend nak cuti2 agak panjang bagi merehatkan urat2 badan lepas sebulan berlari berkejaran dengan atuk2 jusa....
Oh...itu juge reason x hapdet blog berhari2.
Harap maklum!

Oh...indahnya.
Kebetulan cuti sekolah pulak.
Boleh meluangkan mase bersama2 anak2 tercinta pula.

Tak sabarnya.....





p/s : padehal borang cuti x submit lagi nie.Jap gi baru nak antar borang cuti suh boss sign.



Monday, March 11, 2013

Kami Dah Rasa Naan Sedap Tu...Kat RSMY Medan Tuanku



Yeay!!
Setelah sekian lame telan airliur bace entry orang yang gi makan kat sini, finally mak yong ni pun dapat rase jugak.

Kami pegi raye cine aritu.
Haha..lame dah kan!
Kengkonon sampai jln tar tu tengok jalan lengang giler so bajet kedai nie pon x ramai orang.
Sekali hamek ko!
Ramai sangat orang so kene tunggu giliran jugak.



:: Dapat meja tepi cermin ::



:: Anak bujang saya ::


:: Walaupun ramai, servis okeh.Kire tunggu x la lame ::


:: Ayah - amik nasi briyani ayam.Okeh not bad ::


:: Order 3 cheese nan.Tamak! Dhal dan daging kimma yang maveles tidak dilupa ::


:: Tengok cheese dier yang malatop tu! Rase cam makan piza pun ye!


Overall sangat puas hati!
Next time nak repeat lagi :-)




p/s :: Ohh....to my opismate nana ----> hepi 1st anniversary!!cepat2 dapat baby okeh!!



Kuar Mesej "ipad not backed up this ipad hasn't been backed up. Backups happen when this ipad is plugged in, locked and connected to wifi" kat IPad??



Hamik ko panjang tajuk!


:: google ::


Petang semalam amik Sarah Aiman kat umah mak abah.
Cuti sabtu ahad dorang nak dok sane.
Selain ngaji,alasan adalah untuk bermain bersama kawan2 tercinta!


Ipad memang dorang bawak.
Semalam konon nak gune sekali tengok ader mesej kat screen.


"ipad not backed up this ipad hasn't been backed up. Backups happen when this ipad is plugged in, locked and connected to wifi"


(lupe nak snap gambo)


Then tekan OK tapi tak boleh!
Buat aper2 pun x bule!
Tanye anak2 nape jadi cenggitu.
Dua2 jawab tatau.
Patut la aritu Aiman ader kol tanye cemane nak ader wifi.
Ingatkan dier nak gune online game je.
Liz siap cakap umah wan atuk mane leh gune wifi.
Rupenye sebab dah ader mesej tu la tu.
Ipad memang langsung xley nak gune la sebab dier hang camtu je.
Mane nak tau sebab first time jadik.

So semalam sampai umah terus menggugle solution.

So kalo2 korang pun ader terkene masalah yang same,just buat camni je.


Tekan butang ON/OFF dengan butang HOME serentak dalam 10-15saat.
Sampai dier kuar logo APPLE tu.
Proses dipanggil "Reboot".
Then dier akan kuar screen cam bese.
Settled!


Alhamdulillah,semalam berjayalah!
Tapi still musykil aper yang menyebabkan dier jadi macam tu.
Adekah sebab ipad kami x diupdate ke latest ios?
Atau ader sebab lain?
Kot2 ader yang pakar leh tolong jawabkan.
Tq bebanyak.
Harap2 pasni x jadi lagi cenggitu.
Makcik nie kalo nak setle hal2 kecik ok la.
Kalo yg rumit2 tu mintak mahap la bebanyak hehehe....




Friday, March 08, 2013

Kopok Lekor Special Sangat!



Kopok lekor nie memang sangat2 special!
Bukan sebab sedap sangat ke hape.
Rase dier biasa2 je.
Tapi sebab Sarah beli khas untuk Liz!
Beli kat kantin sekolah.
Sebabnye aritu mase tunggu dorang balik Liz ader nampak bebudak sekolah nie makan kopok cam sedap je.
Bile suh Sarah Aiman pi beli,dah habis pulak!
Agaknya dari time tu kot Sarah menyimpan azam untuk belikan kopok kantin sekolah tu untuk mama dier nie.

So semalam sampai je umah mak Liz bitau jgn lupe makan kopok kakak belikan.
Ohh..so sweeeeet!
Terharu mak nak!
I lebiu lah :-)

Khas Untuk Semua Wanita :-)








Wanita - Sheila Majid


Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu

Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu



:-)

Tuesday, March 05, 2013

AEON Member Day Bandar Utama




Just nak share kot2 ader yang terlupe or tak tau kan.
Besok akan start Aeon Member Day kat OU.
2 hari till khamis.


Hepi shopping!!




Monday, March 04, 2013

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 2014 Sudah Bermula



Last week dapat nota dari pra sekolah Aiman pasal pendaftaran darjah satu next year.
:: Kene amik borang kat sekolah ::

Cam leceh nak time off bagai.
So nak senang kite daftar online saje.
Last 2 year dah register Sarah.
Sekarang turn Aiman pulak.
So dah agak mahir la (konon!) dengan sistem online JKNS nie.

Pada yang first time nak register online tu, bole gi sini dulu.
Kat situ leh paham sesikit aper yang diperlukan untuk pendaftaran online nie.


Pastu masuk page PERMOHONAN ONLINE.

:: Contoh untuk Aiman ::

Isi taraf warganegara, tempat kelahiran, daerah dan jenis sekolah dipohon.
Juga status oku (kalo ada).
Then hantar.


Akan kuar page MAKLUMAT PEMOHON.

So isi semua detail2 berkenaan murid dan ibu bapa jugak seperti yang ada dalam online form tu.
Then klik hantar.


Next form kene isi nama sekolah yang ingin dipohon.

Korang klik je kat situ akan kuar senarai sekolah2 yang ader kat selangor nie.
Pastu kene isi jarak dari rumah ke sekolah.
Kat page nie gak ader no pin yang korang kene ingat untuk semak semula form nie next time.
Klik hantar.


Last page akan kuar semua details2 yang dah kite isi tadi.

Just semak dan kalo dah ok, print untuk simpanan.

Dekat senarai semak last tu, ader list dokumen2 yang kite kene bawak untuk submit kat sekolah nanti.

Then klik TAMAT...


Kalo lepas2 tu nak semak status permohonan or nak edit detail just masuk je kat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.

Akan kuar proses by proses yang telah / akan dilaksanakan oleh pihak JKNS.
So kite just boleh monitor dari masa ke semasa.
Nak lagi mudah kol je sekolah yang kite antar form tu.
Cam kat sekolah Sarah Aiman nie kalo kol ofis tu agak payah sikit untuk dapat bercakap.
Maybe orang2 opis bizi kot ;-P


Harap2 entry nie dapat membantu :-)

Tragedi Mac 2013



:: Senarai terkini dari PDRM untuk mangsa2 serangan di Semporna.Menjadikan 7 wira negara yang gugur setakat ini.Sumber dari mukabuku ::


Tak boleh nak komen aper2.
Sebak!


Sedang kita bersenang lenang kat sini hu ha gumbira2,pejuang2 negara masih di sana dengan sedaya upaya mempertahankan negara.
Doa dan harapan kami yang kerdil ini agar mereka diberi perlindungan oleh Allah SWT dan dapat mengalahkan musuh2 negara yang durjana itu.  


:: AL FATIHAH kepada yang telah pergi ::



p/s : Menitis air mata tatkala melihat anak2 yang masih kecil itu di pusara bapa mereka.Sedangkan kita kat umah kalo suami hilang sekejap main bola pun dah bising,aper lagi kalo hilang buat selama2nya.Masya Allah...mintak dijauhkan...Maka sayangilah suami anda atau sesape saje yang anda sayangi selagi mereka masih ada di sisi....


Friday, March 01, 2013

3rd Edition...


Holla!
Jangan terkejut!
Ini bukan poyo!
Haha..
Liz kembali...
Setelah lame mood berblog ke laut.
Setelah sibuk melayani perubahan hormon yang sedang drastik berlaku dalam diri.

Yup..
Seperti entry lepas yang telah setengah bulan berlalu,alhamdulillah Liz kini sedang menunggu our 3rd Edition!
Dah lame tak merandung so kemabukan seperti anak first.
Mual muntah loya memang jadi bestfriend sekarang.
Perut lapar yang hamat tapi bile makan buwek!buwek!
Habis sume kuar balik.
Pas tu makan la balik.
Pastu buwek buwek la balik!
Tu je yang mampu...
Tapi i redha :-)

Sarah ngan Aiman adalah insan2 yang paling excited ngan berita nie!
Dorang dah bosan nak layan kezen kot.
Layan adik sendirik lagi happening!

Malam tahun baru aritu Liz buat upt dan ia adalah POSITIF!
Terus bitau anak2 dan hubby on the spot!
Sangat teruja!
Stop je makan pil yasmin on okt 2012 aritu terus lekat ;-)
Alhamdulillah....


:: Harini  genap 13 minggu 6 hari ::


:: Little bean masa scan 7 minggu ::


Ikut scan - edd adalah 6 Sept 2013.
Ikut apps kat atas tu - edd 31 Ogos 2013.
Ikut nurse KKIA Subang - edd 1 Sept 2013. 
Mane2 date pun tak kisah asalkan semuanya selamat...



:: Ohh.. ini gambar mak bean terlatest time kat puncak Gunung Jerai last week.Yes!Baby dah sampai puncak Gunung Jerai hokey! ::



Hopefully pas ni mak bean nie tak malas2 nak update lagi.
Encik MALAS sile pergi jauh2!