Pages

Thursday, May 29, 2014

Sinki Dapur Tersumbat Pun Boleh Stress Tau!




:: Gambar hiasan (kene pilih yg kilat2 comei gini...Hakikatnya huhhh... ::


Dah 3 4 hari sinki dapur kat rumah Liz tersumbat.
Tapi belum tahap serius lagi.
Tapi sebelum melarat kene cari solution dulu.
Sebab yang sekarang pun Liz dah rase cam nak naik angin je kalo nampak air mula naik.
Nak mintak tolong hubby, dier pun balik keje malam.
Dan sebab sinki tersumbat jugaklah Liz dok berzikir2 kat hubby sebab slow action!
Orang tu pulak stress!
Sian dier!
Nak tak nak Liz kena jugak ikhtiar sendiri.


Semalam round2 jugak kawasan rumah kot2 terjumpa abg2 bangla yang buat renovation ke kan.
Tapi takde la pulak.
Pastu terpikir, kang panggil plumber nak kene bayor mahal pulak.


So pagi nie gugle la dulu petua2 yang berkaitan.
Balik kang kene la cuba pulak.


Nie copy paste blog 1 : 

So saya nak share tips macam mana caranya nak mengatasi sinki tersumbat terutamanya 'double sink' macam saya.

Bahan-bahannya:

Pelocok
Air paip
Air panas
1 cawan Cuka
1 cawan Baking Soda

Cara-Cara Membuatnya

  1. Yang paling penting, pertama sekali untuk double sink salah satu lubang sinki perlu ditutup. Saya gunakan lesung untuk tutup sinki yang lagi satu. Ni adalah kesilapan terbesar saya sebelum ni, sebab saya memang tak pernah tahu kena lubang sinki yang satu lagi =)
  2. Selepas tu buka paip dan penuhkan separuh sinki yang ingin dilocokkan (betul ke ni?) dengan air. Kalau air tak cukup, sedutan pelocok tidak akan cukup kuat sebab ruang dalam pelocok berisi angin.
  3. Mulakan menggunakan pelocok dengan tekanan yang kuat sehingga ada tanda2 air mula keluar.
  4. Lepas tu, cuba tuangkan baking soda diikuti dengan cuka. Tunggu dalam 10 ke 15 minit. Kaedah ni saya belajar daripada cerita The Pirates, tak sangka pula menjadi..
  5. Kalau air dah clear sikit, tuang air panas yang baru masak ke dalam lubang sinki untuk larutkan kotoran seperti lemak2 ayam, minyak, susu masam di dinding paip. Ni memang saya akui walaupun saya tak pernah buang direct ke dalam lubang sinki (sebab saya tapis), tapi benda2 ni tak sepatutnya dibuang ke dalam lubang sinki. Kotoran2 inilah yang menyempitkan lubang sinki yang menyebabkan sinki tersumbat.


Nie copy paste blog 2 :


cara 1 :
bahan-bahan > air panas 1 cerek + peluntur (x kesah lah jenama clorox ke, econsave ke, whateva)
caranya: tuang air panas dan clorox tadi dalam sinki yang tgh tersumbat tuh (tuang terus ke arah lubang sinki).. clorox tuh agak2 lah nak tuang banyak mana..nnt air dalam sinki mesti surut punye!

cara 2 :
bahan-bahan > air panas 1 cerek + garam (garam kasar lagi bagus)
caranya: sama juga macam cara 1.. amik garam dalam segenggam dua... tabur dekat lubang sinki.. then, tuang pulak air panas terus ke arah lubang sinki yang tgh tersumbat tuh.. nanti air surut, n sinki pun berbunyi gulp, gulp, gulp.. lega..

cara 3 :
cara 3 adalah gabungan cara 1 dan 2..
kalau masih x berpuas hati dgn cara 1 n 2, boleh gabungkan kedua-dua cara tuh..
bahan2> air panas + clorox + garam
caranya: tabur garam, tuang clorox dan tuang air panas terus halakan ke arah lubang sinki.. harapnya, sinki tak tersumbat dah..


Okey, cukup 2 cara nie.
Balik nie nak try guna garam kasar + air panas dulu.
Sebab ramai gak yang kata berjaya!
Pastu kalo still K.O, baru kite gune next action!

Oh...teringat!.
Sebelum nie hubby dah penah guna clog remover camni.


Maybe bole cari jugak pasni.
Standby kat rumah.

Haisshhhh....
Harap2 kang dah try cara2 nie, sinki akan menjadi sihat seperti biasa.



Tuesday, May 27, 2014

Semak Arah Kiblat



Share dari mukabuku.





Esok - 28 Mei jam 5.16ptg, kita boleh semak arah kiblat dgn tengok arah bayang2.
Peristiwa ini berlaku 2x setahun. 
Ini kaedah yg paling tepat utk check arah kiblat. 

Next date pulak pada 16 Julai jam 5.28ptg.


#sharing'scaring 

Aiman Demam



Petang semalam sampai rumah tengok Aiman berselubung sambil baring kat sofa.
Mase kat opis lagi memang mak Liz dah kol bagitau yang badan dier panas.
Sekolah Kafa petang pun x gi.
Jarang tau nak tengok Aiman berselubung bagai.
Yang nie memang demam sungguh nie.
Ingat tido rupenye tak.
Terkelip2 kat dalam selimut tu menahan sejuk katenye.
Sian anak mama.

Pastu terus ajak dier mandi.
Memule tamo sebab sejuk.
Pakse jugak sebab nak bagi panas tu keluar.
Kalo mak ngan abah Liz dorang mengengade sket.
Meh ngan mama...pakse jugak sampai buat.


Pas mandi tu baru nampak segar sket.
Baru leh bangun and nyakat adik Sophea.
Mama pulak yang terjerit2 pastu.






Pagi tadi x gi sekolah.
Badan masih panas.
Sempat la Liz bagi Aiman makan ubat sebelum gi keje.

Nie baru kol mak kat rumah.
Aiman dh x demam.
Dier kate pening je.
Tapi sempat tanye mama sorok ipad kat mane..
Hamboi anak....

Besok dah start cuti sekolah.
Tak plan pun lagi nak gi mane2.
Sian anak2 terperuk je kat rumah.
Mama ayah susah nak cuti dah.
Tengokla camne perancangan nanti.....
Semoga anak2 mama nie sihat selalu...
Amin...


Monday, May 26, 2014

Restoran Kayu Manis Bukit Jelutong


Sebelum balik keje nie, meh nak bagi satu entry.
Dah 2 ari sonyap kan.
Maklumla sabtu ahad.


Sebab tengah hujan pada dan ketika entry nie ditaip, saje nak tunjuk gamba makanan la.
Hari Jumaat aritu gi makan malam awal sket sebab hubby ader futsal.

Dah lama nak try makan kat Restoran Kayu Manis nie.
Tapi asal gi malam je konfem penuh.
Kami pi yang kat Bukit Jelutong.

Pegi bertiga je dengan hubby dan Aiman.
Restoran Kayu Manis nie served Chinese Muslim cuisine.


:: Oder shark fin sup nie.Sedap sgt! ::


:: Nie ayam Kam Heong (kot!).Tak ingat nama sebab x minat ::


:: Sotong goreng tepung (pun maveles!).Jarang makan sotong bosa2 nie yang dorang goreng sedap.Yang nie ----> lulus tekak! ::


Aiman teruja kat kedai nie sebab ader akuarium yang menempatkan hidupan2 laut sebelum kene buat lauk.

Bungkus nasi goreng kampung ngan nasi goreng cina untuk orang2 di rumah termasuk Sarah pun maveles!

Next time leh makan sini lagi.
Masuk dalam list.
Tapi xley selalu sebab harga pun boleh tahan setanding kemavelesannya la kan!

Nak lagi details, bole refer sini -----> Kayu Manis


Cawangan terbaru akan bukak kat Cyberjaya.Orang2 sana pun leh try nanti.




Friday, May 23, 2014

Header Baru



Semalam hari untuk memanjakan blog kesayangan yang dah lama terpinggir nie.
Terrajin edit header baru.
Kali nie dah tambah gambar si kecik Sophea sekali.


:: Omey x?? ::

Nanti2 ader mase nak tukar baju pulak la.
Sian dier dah lame pakai baju tu.
Nanti2 tu bile la agaknye kan?!

Just wait and see la :-)

Thursday, May 22, 2014

Sup Ekoq



Hujan kemain lebat kat sini.
Arini gi dan balik keje menumpang hubby merempit.
Eh...tak le merempit pun.
Menaiki motosikal dalam keadaan selamat kekdahnya.
Harap2 jap lagi hujan akan berenti.
Nie pun konfem gigil2 atas moto.
Sojukkkk....

Pagi tadi tersiap lambat.
Bangun dah cepat dah.
Liz nie kalo 6.45 pagi masih kat rumah, silalah merayu kat hubby untuk tumpang ye!
Kalo x, merana nak drive dan dok dalam jem yang maha haibat!
Pastu, sampai opis silalah swipe jam 8.30 pagi.
Tu pun kalo dan mihmihmih....
Padehal masuk WP2 jam 8.00pagi ye Liz!
Sile take note...



Berbalik pada tajuk sebenar, hujan2 nie kalo dapat sup ekoq nie terangkat buntuit!!

Tetibe lapo!!!
(sambil membayangkan Liz sedang menghirup sup ekoq yang panas2)


CheeseKut Versi Liz


Moning sume....
Pepagi nie meh nak share resepi.


Cheesekut nie memang versi Liz tapi tiru resepi Cik Epal hehehe.....
Dah banyak kali jugak wat cheesekut nie.
Asal terasa nak makan je buatla.
Cheese tu memang ader je kat dalam freezer sebab senang kalo nak guna kan.
Ramai kot dah selalu buat mende nie.
Tapi nak share jugak yang Liz punye hehehehe....


:: Liz guna mixer. Ader gak yang gune blender ye?! Janji leh mix semua bahan2 yang berkenaan should be ok :-) ::


:: Bahan2 utama - deluxe cracker Hup Seng, susu pekat (jenama sukati), tatura cheese dan fresh milk ::


:: Putar cheese dengan setengah tin susu pekat ngan sikit fresh milk. Kalo nak manis lemak berkrim lagi korang tambah je la susu pekat tu. Make sure batter tu jangan cair sangat tau! ::

:: Susu pekat ::

:: Fresh milk ::


:: Celup sekut dalam fresh milk tu. Jangan lame2 nanti kembang lembek bek bek pulak ::


:: Susun sekut satu2 dalam bekas.Curah campuran cheese atas dier. Kalo nak layer lagi dengan nestum ke milo ke bole jugak. Ikut sedap korang ::


:: Pastu korang susun semula sekut tadi. Pastu selang dengan batter tadi. Begitulah seterusnya sampai sume habis ::


:: Yang nie Liz alas bekas dengan baking paper tu. Senang kalo nak kuarkan bila dah keras. Kalo x letak paper pun takpe. Lagi senang bile nak makan guna sudu terus ::


:: kalo nak potong comel2 camni tu yang alas guna baking paper ::

Tapi kalo nak makan sendirik, macam Liz kate, bile dah sejuk, ceduk pakai sudu je!
Lagi heaven kot!


Kalo belum try, korang kene try tau!
Sedap!
Pada yang suke cheese2 lelemak berkrim la.
Kalo yang x suke, den tak dapek nak tulung!

Tata....


Wednesday, May 21, 2014

Harini Nie Buang Habuk Dan Sawang!



Assalamualaikum wbt.....
Ya Allah....lamenye tak mai sini.
Seb baik ingat lagi password nak log in.
Maklumlah dah tue2 nie sume pun tak ingat.
Nak2 pulak banyak sangat password yang ader.
Sampai tatau yang mane nak gune.


Panjang lak mukadimah.
Ekceli ader je lalu2 umah korang.
Tak dan nak tinggal jejak je.
Last entry Liz kat sini pun awal Mac aritu.
Nie dah nak abes bulan Mei dah pun.
Ofcos banyak sangat citer nak share kat sini.
Banyak sangat yang nak disurat dan disiratkan kat sini.
Memori2 yang takmo dilupakan.
Hahaha...klasik sungguh rasenye.



Sebagai warm up, meh tengok dak kecik yang dah sikit besar nie.
Arini umur Sophea genap 264 hari.
Next week dah 9 bulan dah si kecik nie.
Kejap je kan!


:: Ini gambar latest. Pinjam Wan Mah punye serkup kepala ::


Banyak sangat progress Sophea yang tak dapek nak diceritakan satu2 kat sini.
Terasa rugi pulak tak note down satu2 dari aritu.
Sebab dalam umo2 cam nie, progress dorang sangat laju.
Dari pusing2, meniarap, mengengsot, merangkak, duduk, memanjat.
Ye!
Sophea dah berjaya memanjat tangga2 kat rumah tu!
Yang paling latest, Sophea dah cube2 untuk berdiri tanpa dipegang.
Maybe nak ikut kakak Sarah yang boleh jalan umur 9 bulan kot...
Just wait and see...

Cume satu je anak mama nie agak lambat.
Gigi x muncul2 lagi!
Orang2 tua kate kalo gigi tumbuh lambat nie, mase tanam uri tu, tertanam dalam2 sangat.
Entahlah...
Tak kisah la ye nak!
Janji dier tumbuh gak nanti.


Nie nak gi cari mood jap.
Harap2 leh ari2 berbicara kat sini lagi.

Jumpe nanti :-)



:: Kekasih2 hati Liz ::