Pages

Monday, March 09, 2015

Beraya Sakan La Tahun Nie!!


Tadi dapat emel dari Telekom Malaysia.

:: Klik gambar kalo korang nak baca ::

Kalo x clear jugak, meh Liz copy sini.....


Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 4th March 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tmbnotice@outlook.my  

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 30th March 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Terima kasih Telekom...Terima kasih Toyota...Terima kasih TNB sebab bagi saya peluang beraya sakan tahun nie!
Kite suke sangat!!
RM270k tu....
Bukan takat raya puasa, raya haji, raya deepavali, krismas, silap2 masuk chinese newyear next year pun lepas lagi nie nak beraya....


Hahaha...
Kalo la betul ini semua alangkah bahagianya....
Tapi konfem la ini semua poyo!
Saya x main loteri lah mak encek!
Nak menang cemane.

Lenkali xyah la susah2 hantar emel cenggini kat saya ye...
Saya dapat saya delete teruih...
Pi main jauh2 :-)

1 comment:

Nurizzah Majif said...

hahaha...
iza pun dapat...
gila arrr nak bg sampai ratus2 K..
harus beli rumah sebiji