Pages

Monday, June 02, 2014

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan


Salam Isnin.

Meh nak share something.

Artikel nie dah lama ader.
Dah ramai yang baca dan tahu.
Share jugak sebab untuk diri sendiri refer.
Liz senang betul sakit pale sekarang nie.
Kalo keje banyak, stress ---> siaplah!
Monyok je...


*******************************



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.


“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

*********************************

Ok, Liz admit.
Memang selalu amik paracetamol a.k.a panadol nie.
Even tengah bf Sophea sekarang pun, kalo tak tahan sangat memang Liz akan amik sebiji.
Pastu try tido.

Pasni leh try air 100plus ke, revive ke cam yang dier tulis kat atas.




Thursday, May 29, 2014

Sinki Dapur Tersumbat Pun Boleh Stress Tau!




:: Gambar hiasan (kene pilih yg kilat2 comei gini...Hakikatnya huhhh... ::


Dah 3 4 hari sinki dapur kat rumah Liz tersumbat.
Tapi belum tahap serius lagi.
Tapi sebelum melarat kene cari solution dulu.
Sebab yang sekarang pun Liz dah rase cam nak naik angin je kalo nampak air mula naik.
Nak mintak tolong hubby, dier pun balik keje malam.
Dan sebab sinki tersumbat jugaklah Liz dok berzikir2 kat hubby sebab slow action!
Orang tu pulak stress!
Sian dier!
Nak tak nak Liz kena jugak ikhtiar sendiri.


Semalam round2 jugak kawasan rumah kot2 terjumpa abg2 bangla yang buat renovation ke kan.
Tapi takde la pulak.
Pastu terpikir, kang panggil plumber nak kene bayor mahal pulak.


So pagi nie gugle la dulu petua2 yang berkaitan.
Balik kang kene la cuba pulak.


Nie copy paste blog 1 : 

So saya nak share tips macam mana caranya nak mengatasi sinki tersumbat terutamanya 'double sink' macam saya.

Bahan-bahannya:

Pelocok
Air paip
Air panas
1 cawan Cuka
1 cawan Baking Soda

Cara-Cara Membuatnya

  1. Yang paling penting, pertama sekali untuk double sink salah satu lubang sinki perlu ditutup. Saya gunakan lesung untuk tutup sinki yang lagi satu. Ni adalah kesilapan terbesar saya sebelum ni, sebab saya memang tak pernah tahu kena lubang sinki yang satu lagi =)
  2. Selepas tu buka paip dan penuhkan separuh sinki yang ingin dilocokkan (betul ke ni?) dengan air. Kalau air tak cukup, sedutan pelocok tidak akan cukup kuat sebab ruang dalam pelocok berisi angin.
  3. Mulakan menggunakan pelocok dengan tekanan yang kuat sehingga ada tanda2 air mula keluar.
  4. Lepas tu, cuba tuangkan baking soda diikuti dengan cuka. Tunggu dalam 10 ke 15 minit. Kaedah ni saya belajar daripada cerita The Pirates, tak sangka pula menjadi..
  5. Kalau air dah clear sikit, tuang air panas yang baru masak ke dalam lubang sinki untuk larutkan kotoran seperti lemak2 ayam, minyak, susu masam di dinding paip. Ni memang saya akui walaupun saya tak pernah buang direct ke dalam lubang sinki (sebab saya tapis), tapi benda2 ni tak sepatutnya dibuang ke dalam lubang sinki. Kotoran2 inilah yang menyempitkan lubang sinki yang menyebabkan sinki tersumbat.


Nie copy paste blog 2 :


cara 1 :
bahan-bahan > air panas 1 cerek + peluntur (x kesah lah jenama clorox ke, econsave ke, whateva)
caranya: tuang air panas dan clorox tadi dalam sinki yang tgh tersumbat tuh (tuang terus ke arah lubang sinki).. clorox tuh agak2 lah nak tuang banyak mana..nnt air dalam sinki mesti surut punye!

cara 2 :
bahan-bahan > air panas 1 cerek + garam (garam kasar lagi bagus)
caranya: sama juga macam cara 1.. amik garam dalam segenggam dua... tabur dekat lubang sinki.. then, tuang pulak air panas terus ke arah lubang sinki yang tgh tersumbat tuh.. nanti air surut, n sinki pun berbunyi gulp, gulp, gulp.. lega..

cara 3 :
cara 3 adalah gabungan cara 1 dan 2..
kalau masih x berpuas hati dgn cara 1 n 2, boleh gabungkan kedua-dua cara tuh..
bahan2> air panas + clorox + garam
caranya: tabur garam, tuang clorox dan tuang air panas terus halakan ke arah lubang sinki.. harapnya, sinki tak tersumbat dah..


Okey, cukup 2 cara nie.
Balik nie nak try guna garam kasar + air panas dulu.
Sebab ramai gak yang kata berjaya!
Pastu kalo still K.O, baru kite gune next action!

Oh...teringat!.
Sebelum nie hubby dah penah guna clog remover camni.


Maybe bole cari jugak pasni.
Standby kat rumah.

Haisshhhh....
Harap2 kang dah try cara2 nie, sinki akan menjadi sihat seperti biasa.