Pages

Monday, September 08, 2014

Abes Pantang 3 Bulan



Assalamualaikum sume....
Jangan terkujat bace tajuk.
Belum belum...Sophea belum ader adik lagi hikhik...
Gelojoh beno tu kalo ader.....

Ader lagi ke yang sudi menjengok blog Liz nie?
Ngeh ngeh...
Ok, cukup 3 bulan cuti.
Dah same cam cuti bersalin pulak tempohnya kan...
Besela, kalo lame xde entry tu, kalo x malas, malas la sebabnye hehehe...

3 bulan berlalu tu memang terase kerugian betul.
Banyak stori2 yang gone gitu je.
Lagi2 stori anak2.
Hermmm.....
Dan mungkin jugak kemalasan tu bermula bile henpon Liz rosak!
Henpon dah xley nak loudspeaker.
Kalo rekod video pun dah xder bunyi.
Huwaaa....
Bukan tamo ganti.
Tapi bajet lebih ke arah lain.
Lagipun, speaker beliau je yang bermasalah kan!
Takpela, as long bule buat mende2 yang penting lain, kite pakai ke akhir hayat beliau :-)



:: Henpon yang rosak speaker itu. Sumber- Google.com ::



Ohh...citer pasal henpon, ini ader berite sedih jugak.
2 Sept 2014 aritu (siap tulis tarikh ok utk jadi memori :-P), henpon hubby pule telah tercicir.
Lagi sedey dari phone rosak kan!
Time tu kami singgah makan kat foodcourt Aeon Bukit Raja.
Hubby pun x sure cicir kat mane.
Tapi rasenye kat kerusi urut kaki sebelah menan pusing2 tu.
Time tu hubby tengah bawak Sophea main2 sementara tunggu bini montel dier nie abes makan.

Hubby pulak sedar phone dier xder time dlm kete dah otw balik.
Dah sampai tol Shah Alam kot.
Memang lame la tempoh untuk seseorang jumpe phone tu kan.
Tapi nak puaskan hati, kami patah balik gak pegi semula ke Bukit Raja.
Memula biar hubby ngan Sarah je turun.
Biar dorang gi usha2 kot2 ader rezeki.
Sekali hampa.

Tak puas hati, kami keluar semua sekali.
Hahha...
Memang henpon dah xder di tempat kejadian.
Liz perasan bebudak bangla kat restoran sebelah kusi urut tu pasan kami mencari2 sesuatu.
Saje pi tanye.
Sekali dier tahu pasal henpon tu.
Dier kate ader sorang minah cina jumpe.
Dier nak pas dah henpon tu kat bebangla tu tapi adik dier tak kasi.
Dier x caye kat bebangla tu la kot.
Last2 dier yang amik.
Begitu la menurut kate bebangla yang ader kat situ kepada kami.
Alasannnnn...
Kalo dier betul jujur nak pulang, time kami kol tu bole je angkat kan.
Huhhhh....


:: Henpon yang keciciran. Plastik cover pun kaler kuning itu :-(. Sumber - Google.com ::



Hurmmm...xpela.
Dah xder rezeki.
Hubby relaks je.
Bini dier je yang hover.
Bukan aper, macam2 mende ader dlm tu.
Dengan gambar anak2.
Yang paling sadis, gambar2 yang melibatkan keje hubby.
Seb baik hubby bukan jenis yang amik gambo anak2 secara fanatik dgn phone dier tu.
Alasan dier, pixel kamera x besar hahaha...
Tapi stress jugak la bini dier nie...
Bese la owang pompuan...
Sume pun nak besa2 kan.

Sampai umah, try sign in akaun google hubby.
Sebab mostly application dlm tu guna google akaun.
Gi search the latest place check in.
Nampaknye, si penjumpe phone tu belum berjaya menceroboh tepon tu lagi.
Tapi tatau la kot2 dier ader cara yang lagi advance kan!
Sekarang mak dah redha...


Liz jugak ader tinggalkan no phone kat bebangla tadi tu sebab dorang kate budak tu regular customer dorang.
Kot2 la terbukak hati dier nak pulang balik selepas cube hack tapi xbule kan!
Nampaknye, mimpi tinggal mimpi.
Sampai saat entry nie Liz taip, satu kol pun xder pasal henpon hubby tu.
Oh...ade la sorang cina tersalah kol.
Eh...ke dier saje2 buat salah kot hahaha...
Ape2 jelah....
Bukan rezeki kami nampaknye.
Semoga ader rezeki lain yang melimpah untuk kami sekeluarga lepas nie.
Amin....



Monday, June 02, 2014

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan


Salam Isnin.

Meh nak share something.

Artikel nie dah lama ader.
Dah ramai yang baca dan tahu.
Share jugak sebab untuk diri sendiri refer.
Liz senang betul sakit pale sekarang nie.
Kalo keje banyak, stress ---> siaplah!
Monyok je...


*******************************



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.


“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

*********************************

Ok, Liz admit.
Memang selalu amik paracetamol a.k.a panadol nie.
Even tengah bf Sophea sekarang pun, kalo tak tahan sangat memang Liz akan amik sebiji.
Pastu try tido.

Pasni leh try air 100plus ke, revive ke cam yang dier tulis kat atas.