Pages

Monday, August 01, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah kite dah pon berpuasa hari pertama bulan Ramadan 1432H.Malam tadi buat pertama kali selepas ader 2 org anak nie Liz selamat menunaikan solat terawih.Last dulu mase bujang2 (6 7 tahun lepas).Ye lah,dah ader 2 henbeg kan ofcos payah nak ke surau.Lagi2 time dorang kecik kenot dulu.Tu pun malam tadi hubby bawak Iman Liz bawak Sarah.Kalau bwk 2 2 sekali tak jadi semayang Liz jawabnya.

Dan malam tadi jugak first time kami bersolat terawih di surau taman kami.Alhamdulillah....sgt2 ramai penduduk yakni jiran2 kami yg bersolat bersama2.Rase sgt bersyukur dikelilingi persekitaran yg demikian.Tak salah kami membuat percaturan utk menetap di sini.Tetibe rase cam suasana cam dh nak raya pon ader.Kanak2 punye ramai,dengan basikal.Memang sgt2 happening!!Pihak surau mmg dh sediakan beberapa khemah kat luar sbb dorang maybe dh bajet surau akan penuh.

Malam tadi Sarah time solat Isyak masih patuh lagi.Solat sama2.Pastu bile ustaz dh mula tazkirah (sebelum solat terawih),dier dh gelisah2 dh.Garu sana.Tarik sini.Serba tak kene.Maybe lame sgt kot.Last2 dier tertido kat pangkuan Liz.Bile nak start solat,Liz suh dier baring kat belakang.Liz mmg saje pilih saf belakang sebab dh bajet mende2 camni.Alhamdulillah,bertahan gak dier.

Balik tu rupenya hubby bitau Iman pun same.Tertidur mase tazkirah.Hubby memula dok dlm surau terus cari port kat luar jugak.Ekceli mmg ramai gak parent yg bwk anak2 kecik.Yg penting dorang x mengganggu perjalanan solat kan!

Insya Allah,tahun nie Liz akan cube utk bersolat terawih sekerap mungkin.Kalo dh kene cuti tu xley buat aper la kan!

Last but not least,Liz nak syer ngan uols :

Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:
 
Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
 
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
 
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
 
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
 
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
 
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
 
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
 
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
 
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
 
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
 
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
 
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
 
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
 
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
 
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
 
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
 
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 
Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.


Selamat Berpuasa Semua :D
(sambil pikir menu utk berbuka hari pertama nih hehehe...)

No comments: