Pages

Tuesday, May 15, 2012

IUD


sumber ::google


Jangan pelik kalo Liz tetibe bukak topik IUD kat sini...




[Draf nie dah lama Liz siapkan.Cume x terpublish2 dari aritu.]


Liz nak share ngan uols....ekceli Liz guna method nie utk family planning.First time Liz pasang early 2007, beberapa bulan lepas deliver Aiman.Jangka masa adalah untuk 3 tahun.Kan kalo kite bace kat mane2,ader info yg kate kalo gune iud,percentage kite utk TIDAK terpeknen adalah 99% kan!Dan terbukti Allah Maha Berkuasa,Liz termasuk dlm golongan yg 1% itu!September 2008 Liz disahkan peknen oleh doktor.Doktor kate maybe iud tu tergerak sikit tu yg lekat!.Maka terpakse kuarkan iud dgn seketul darah yg baru nak menjadi.Then Liz pasang iud untuk kali kedua sampailah sekarang.

Dan setelah 5 tahun,sekarang Liz telah mula berkira2 untuk membuka iud tersebut.Perg..ayat skema giler!But yes!Seriously Liz akan menanggalkannya dalam masa terdekat.Sebab tu sekarang kalo mase berlebih,Liz cube menggugle aper2 yg berkenaan dengan pembukaan iud ini.Jeles beb tengok baby2 orang lain.Hahaha.....Sarah pun dah hint2 nak ader baby Mama yang baru!


OK--->yang nie kene update sket!Ekceli hari ni (15 Mei 2012)
 dengan rasminya Liz dah pon meremove iucd itu).Cerite 
lanjut akan diupdate tidak lame lagi :-)



So sesape yang ader pengalaman nak share,silela ye!

Kat bawah nie Liz share aper itu IUD sebenarnya.Kot2 ader jugak yang nak tau kan!


Kaedah Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device – IUD)
Kaedah Alat Instrauterin (IUD)


Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat daripada plastik berbentuk `T’ dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.

Terdapat dua jenis IUD iaitu:-

1. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan “T”. Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.

2. Progestasert Progesterone berbentuk “T” yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.


Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.
Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.

Pemasangan alat IUD

Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.


2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

4. Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-
o Tamat tempoh masa :-
 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
 1 tahun untuk Progestasert Progesterone
o Anda mengandung atau ingin mengandung.
o Anda ingin berhenti memakai IUD.


5. Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran.


Kesan sampingan
Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-

• Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah “anemia”.
• Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-

• Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.

• Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.


Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)

Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-


Jangkitan atau keradangan pelvik.

Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.


Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.

Penyingkiran IUD

Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran

Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy”

Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy” sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.

Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-

• Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
• Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim “ectopic pregnancy infection”

• Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)

• Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-

• Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.

• Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
• Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.


Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

• Sering memeriksa benang IUD

• IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.

o 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
o 1 tahun untuk Progestasert Progesterone

• Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-



• Tidak menghalang hubungan seks.
• Berkesan untuk menghalang kehamilan.
• Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A



Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-


• Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
• Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
• Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
• Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.


Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.



Rujukan


http://www.cfhc.org/html/iuds.htm
Risalah “Contraceptive Methods”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)
Risalah “Towards A Happy Family”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)



sumber : SINI

2 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal cegah kehamilan… sharing is caring :) - Alat Cegah Kehamilan Makin Canggih

LizHairi said...

time kasih krn sudi berkongsi :-)