Pages

Friday, January 11, 2013

Ramai Lagi Insan Insan Mulia Kat Malaysia Nie :-)


Salam Jumaat sume.....

Nie citer pagi semalam.
Bukan pagi nie tau hehehe.....
Time nak gi keje tu jalan jem dari uitm puncak perdana.
Walhal dah dekat pukul 8.
Kalo standard kuar 6.30pagi tu memang bese la jem2 terok nie kan.
So macam pelik sket.

Semalam kan Liz gi sekolah Sarah dan Aiman sekejap.
Kalo tidak jangan mimpi la gi keje nak nampak cuaca cerah terang cenggini kan!


:: Dorang tengah tolak van tu ke tepi jalan ::


Rupe2nye ader van sekolah rosak kat depan kayangan height.
Tak tau la time Liz sampai situ dah berapa lama van tu tersadai.
Rosak betul2 kat line tengah.
Dan kebetulan time tu ader sorang insan mulia nie berhenti kan motor dan tolong pakcik van tu tolak van tersebut ke tepi.
Pas tu sorang lagi insan mulia turut turun menolak sama.
Tambah lagi sorang insan mulia yang naik kete kenari tu pun berenti tepi dan turut turun menolak.

Pas tu jalan jadi clear la balik kan!
Bile Liz lalu tepi van tersebut,tengok kat dalam van tu sume anak2 kecil.
Ader yang bertudung.
Mungkin anak2 tadika kot.
Ader jugak abg2 dah besar sikit.
Maybe semua sekolah rendah.
Tetibe trus rase sebak sebab teringat anak2 Liz.
Kan ke dorang pun naik van sekolah jugak.
Ya Allah....peliharalah anak2 ku Ya Allah...


So kesimpulan,memang ramai orang2 yang pentingkan diri sendiri bila di jalan raya tapi bukan semua.
Ramai lagi yang berhati mulia.
Ramai lagi yang masih sudi membantu sesame insan.
Semoga kita semua tergolong dalam insan2 tersebut.
Amin....


No comments: