Pages

Wednesday, February 26, 2014

Buku Rekod Kesihatan Murid



Awal2 sekolah aritu Aiman ader bagi Liz buku nie suh isi.
Dulu time Sarah xder pulak.
Baru diperkenalkan ke?
Tertinggal sungguh Liz nie...



Dah ala2 buku check up merandung kat klinik kesihatan pun ader.
Cume kaler je lain.
Tapi nape kaler hitam?
Sukahati dierla nak warna ape.



Parents kene isi sampai page 3 je kalo x silap.
Maklumat2 berkenaan anak2 kite.
Dan juga kebenaran untuk pihak Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan terhadap anak2.



Semua pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang akan dorang dapat sume akan ditulis dalam buku nie.
Penting jugak kan buku nie sebenarnya.



Yang nie copy dari web Kementerian Kesihatan berkenaan buku nie.

Buku Rekod Kesihatan Murid
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperoleh semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.
Adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa persekolahan. Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah. Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini daripada pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.


Sekian :-)


1 comment:

Falsya said...

wahhhh maju..time falsya xde pun buku2 nie..