Pages

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Buku Rekod Kesihatan Murid



Awal2 sekolah aritu Aiman ader bagi Liz buku nie suh isi.
Dulu time Sarah xder pulak.
Baru diperkenalkan ke?
Tertinggal sungguh Liz nie...



Dah ala2 buku check up merandung kat klinik kesihatan pun ader.
Cume kaler je lain.
Tapi nape kaler hitam?
Sukahati dierla nak warna ape.



Parents kene isi sampai page 3 je kalo x silap.
Maklumat2 berkenaan anak2 kite.
Dan juga kebenaran untuk pihak Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan terhadap anak2.



Semua pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang akan dorang dapat sume akan ditulis dalam buku nie.
Penting jugak kan buku nie sebenarnya.



Yang nie copy dari web Kementerian Kesihatan berkenaan buku nie.

Buku Rekod Kesihatan Murid
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperoleh semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.
Adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa persekolahan. Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah. Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini daripada pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.


Sekian :-)


Friday, December 28, 2012

Cuti Sekolah Pun Kene Redah Jem Okeh!




:: Gambar pinjam en gugle je ::


Masuk arini dah 2 ari Liz lambat masuk keje.
Nie semua gara2 pembinaan flyover nak gi cahaya spk tu.
Sesape yang dok berdekatan tu tau la kot.
Semalam dapat jugak la lari ikut Setia Alam tapi harini terjebak!
Ingat x jem sebab jalan dari rumah macam clear,sekali sampai nak dekat UITM Puncak Perdana,terus stop.
Dan Liz pasrah.
Lagi2 dah dok pulak line tengah.
Redah jelah.

Jarak dari rumah ke situ yang hanya lebih kurang 1km telah mengambil masa hampir 1 jam ok!
Kalo bese 5 minit je kot!
Dan lagi sekali.....pasrah......


Hari nie last day Liz keje untuk tahun nie.
Next week Liz akan cuti the whole week.
Besok pulak ader orientasi prasekolah Aiman dan jugak pembayaran yuran sekolah Sarah.
Ibu2 bapak2 dah mula bizi la sekarang niekan!
Next week lagi la....
Lagi2 yang anak baru masuk darjah 1 tu.
Macam2 nak diuruskan.
Harap2 semuanya akan berjalan lancar.
Amin.....


Tuesday, October 23, 2012

Makan Kueytiaw Dengan Tangan

Citer puteri comel saya :-)

Minggu nie 2 hari je Sarah sekolah kebangsaan.
Semalam cuti sebab tahun 6 ader camping ahad aritu.
Pastu Khamis nanti cuti raya haji dah.
Besok pulak ader sambutan hari kanak2 kat sekolah.
Sekolah kafa je cam bese.
Tapi Khamis nanti maybe cuti jugak rasenye.
Cuti cuti cuti.
Best nye cuti kan.
Mama pun x sabar nak cuti jugak nie.


Ohh..korang penah tengok orang makan char kuey tiaw gune tangan?
Ader mungkin tapi jarang jarang la kan!
Kat bawah nie salah seorang nyer...

:: Sarah nie sangat memilih pasal makan.Kire kueytiaw nia antara yang bole masuk ar ::

:: Memula kene ar asingkan 'benda2 pelik' dalam tu (cth daun kucai/tauge telur etc etc etc).Kang kalo mintak kosong kang x sedap pulak rasenyer kan! ::


:: Bile dah habis 'tapisan keselamatan' - baru makan! ::


Macam2 kerenah anak2 kite nie kan!
Bile dah besar sok biar dier tengok sume....

Monday, May 07, 2012

Aiman Pi Sekolah

Pagi tadi citer kakak amik pekse. Petang kite kasi up sket citer Imam Muda milik Liz nie. 

:: Time nie Aiman dah nak gi sekolah.Mama masuk lewat sket so bole la anta gi sekolah.Kalo tak, time mama kuar sesubuh gajah tu Aiman tengah tido lagi ::


:: Pose sket ustaz ;-P ::

:: Ohhh...hari nie mama saya suh bayar fee kat cikgu.Kene jage bebaik nie ::

Wednesday, April 25, 2012

Kelas Pra Tahfiz

Alhamdulillah....

Aiman dapat terpilih masuk kelas pra-tahfiz dekat tadika dier.Ekceli kelas tahfiz nie untuk 6 tahun.Tapi Mama Rose (owner kat situ) bagitau yang Aiman dah lepas semua syarat2 yg ditetapkan macam menghafal surah2 lazim.Kelas nie baru je dimulakan kat sini.Kira Aiman and geng nie yg first badge la.Aiman still belajar dalam kelas yg sebelum ni (5 tahun) cuma 3 hari seminggu (Isnin,Selasa & Jumaat) dorang akan dikumpulkan untuk kelas pra-tahfiz nie.

Time parent meeting aritu memang Mama Rose dah bagitau kat Liz hal nie.Mama siap tunjuk buku2 yang akan digunakan Aiman untuk pra-tahfiz nanti.Kalo dapat uniform lagi baik.Nanti insya Allah Liz akan cari yang sesuai ngan Aiman.

:: Makluman dari pihak sekolah ::

:: Student2 kelas pra tahfiz.Aiman yang no 9... ::

:: Ini pulak makluman tentang lawatan sekolah ke Petrosains bulan Mei nanti ::

Insya Allah kalo ader rezeki Aiman berminat untuk terus belajar tahfiz,Liz adalah orang yang sangat2 berbangga!Ilmu dunia kite kejar,ilmu akhirat jangan abaikan,kan!Insya Allah, Aiman boleh memimpin ayah mama kakak dan adik2 yang lain :-)

Thursday, April 19, 2012

Bekpes Wajib Sarah

Pagi tadi Aiman bangun awal.Sama time ngan kak Sarah.Selalu kalo kakak dan mama dah pi keje pun dier tak bangun lagi.Maybe sebab malam tadi dorang 2 dah tido since pukul 7 mlm lagi sampai ke pagi tadi.Kalo bangun pun nak pi toilet je.Tu pasal tercepat bangun tu.Kak Sarah pulak bangun pagi tadi baru nak siapkan homework.Ekceli dari petang semalam dah bitau buat homework dulu but biasenye,lepas je mandi terus tido.Letih la tu.Kenkadang sian tengok.

Pagi tadi jugak dah passed kat Sarah RM5 untuk bayaran Panitia sekolah (or PIBG) kalo dorang nak buat aper2 aktiviti.Padehal dah 2 3 hari borang tu kat umah.Liz asik terlupa je.Hishh....

Erm.....sekarang Sarah nak pi sekolah dah takmo bekpes biskut cicah milo dah.Bosan agaknya.Bawak roti kosong pun dah tak makan.Pagi tadi Liz bawak bekal biskut je untuk kakak. Aiman cam biase la.'Roti buang kulit letak krim campur gula' dier tu...


Yang penting...tiap2 pagi bekpes WAJIB Sarah....


















































:: Kira secawan susu la tu kan hehehhe ::

Monday, April 16, 2012

Result Kafa Sarah

Ini result exam mid term KAFA Sarah.Not bad for the first timer.Walaupun banyak yang kene improve,mama tetap bangga dengan Sarah.First time Sarah kenal aper itu exam.Macam mane nak amik exam.Macam mane nak jawab exam.

:: Paper Akhlak - 84% ::

:: Overall paper ::

:: Paper Bahasa Arab - 92% ::

:: Paper Feqah - 76% ::

:: Paper Jawi - 88%::

:: Paper Sirah - 78% ::

:: Paper Tauhid - 72% ::


Haritu Sarah bawak balik report card KAFA dier utk parent sign.Overall, Sarah berada di tempat ke 16/44 (kalo tak silap).Bagi Liz, sangat berpuas hati sebab itu usaha Sarah yang pertama.Akan bagi semangat lagi utk Sarah lebih maju next exam.


Hohoh...nak bocor rahsia.Dulu zaman sekolah rendah,Liz mane pegi pun sekolah agama coz time tu sume orang lebih fokus pada sekolah kebangsaan.Lagi pun subjek agama kat sekolah lebih kurang je dgn yang dorang blajar kat sekolah agama.Tapi aktiviti petang kami still kene gi ngaji ngan tok guru yang garang ;-)

Monday, March 05, 2012

Sarah dan Sekolah

:: Gambar nie Liz amik mase antar Sarah gi Kem Bestari Solat kat sekolah Sabtu 2 minggu lepas (25 Feb 2012).Hari yang same Liz pegi sekolah Aiman haritu ::

Harini sekolah KAFA start periksa.Malam tadi dah preparekan Sarah semua alat tulis.Buku2 sume xyah bawak.Liz doakan Sarah dapat menjawab soalan2 perikse tu dengan baik.Macam mana la anak kecik Liz tu jawab pekse kan?Pengalaman baru untuk dier.Dah la arini mama kene stayback kat opis sampai malam.Semoga semua berjalan lancar.

Ermmm...pelik jugak.Sekolah kebangsaan xder exam ke??Ke kene tanye cikgu nie??Anak Liz Sarah tu dah la aper2 msg x penah bitau mak dier nie.Kalo ader exam ke aper ke.Agak risau gak nie...

Nak citer jugak.Pagi tadi x sempat nak potong kuku Sarah yang agak panjang tu.Liz sungguh careless!!Time cuti 2 hari tangguh2 nak potong.Last2 tadi sempat potong kuku 2 jari je then auntie Tasha dah pon pon!!Sian Sarah...Dier tak pandai lagi nak potong kuku sendiri kalo x suh bawak je nailclipper tu.Pastu citer semalam yang sangat hampeh!!Liz ngan hubby x gi pun meeting PIBG kali pertama sekolah Sarah sebab weol terbangun LAMBAT!!Aper pun tak boley!!

Wednesday, October 12, 2011

Jom Joget Joget

Dari last week lagi Sarah dan Aiman dah bagitau Liz yang hari nie dorang kene bawak sandwish ke sekolah.Iman nak bawak hotdog.Sarah pulak dengan cheese dier.Pagi tadi Liz top up lak ngan telur hancur.Kate nak sandwish kan.Ekceli memang every day pun Liz akan bekalkan dorang ngan roti.Sarah---> roti slices ngan cheese or roti bakar taruk kaya.Iman lak setia dengan roti gula dier tu.Maybe arini cikgu nak ajar cara2 wat sandwish kat dorang kot tu yang kene prepare sorang satu.Liz agak la hehehe...

So tadi message opismate bitau masuk opis lewat sket coz nak pi sekolah dorang jap.Then tanye sekali ngan teacher petang karang nak amik kat dorang kat sekolah atau rumah mama.Then teacher tu kate kat sekolah jugak.Then dier jugak bitau mama dah tak jage baby2 lagi.Just yang 3 tahun ke atas je.Yelah,since kisah aritu yang x abis2 lagi la tu.Liz masih berharap mereka akan menyelesaikan masalah itu dengan segera tanpa sebarang kesulitan dan halangan.

Erm...malam tadi dah start bersin2.Then pagi nie makin worse.Harap2 flu x datang mendampingi Liz.Leceh!! hehehe...Dan lagi satu,baru received emel dari JPA memaklumkan Liz ngan my opismate kene attend kursus kat Melaka next week Selasa sampai Jumaat.Cam tau2 je i cukup hari berkursus lagik hehehe...


Sebelum mengundur diri, saksikan aksi joget2 dari anak2 Liz buat hiburan ;P
(baru kene ngan tajuk entry kan!)