Pages

Friday, July 01, 2016

Last Day Keje - Ramadan 1437H


Kejap dah 26 Ramadan arini.
Harini ramai dah last day keje.
Liz pun samelah hehehe....
Insha Allah akan kembali ke opis pada raya ke 8 nanti.

Persiapan raya untuk anak2 semua dah setel.
Tataulah last2 minit ader penambahan ke.
Untuk mama ayah dier pulak, tengok weekend nie cemane.
Kalo ader, ader.
Kalo xder pun x kisah...
Semua bergantung pada mood...hahaha...boleh gitu?!


:: Duit raya yang Sarah Aiman Sophea dapat sebelum raya ::


Terima kasih pada penghulur sampul2 berkenaan.
Yang 3 tepi tu acik yang punye.
Jangan x caye, acik Liz pun dapat duit raya tau.
Syukur alhamdulillah!
Terima kasih boss2 dan kakak yang menghulurkan.
Semoga diperluaskan rezeki kalian semua.

Bile dah start cuti esok, memang tak bertemu blog la kan.
Nak2 pulak cuti beraya.

So, bole dah bagi ucapan kan hehehe....
Selamat hari raya uolss!
Maaf zahir batin.





Thursday, June 23, 2016

Redeem Point Astro Circle


Kami punye Astro Circle point ader yang nak expired hujung bulan nie.
So nak tak nak kene redeem cecepat.
Kalo x rugi wooo.....

Step by step cemane nak redeem.
Yang dah tau wat2 tak nampak sudah hehehe....


:: Masuk page Astro Circle nie ::


:: Log in sesiap. Kalo belum ader akaun sila daftar ::


:: Klik Redemption Catalogue untuk tengok item aper yang ader ::


:: Nak mudah dan cepat boleh tengok kat kolum categories tu jugak ::


:: Sebab xde yang menarik, kali nie Liz redeem rebat RM10 ::


:: Bila dah klik 'redeem now' tu then akan kuar borang mintak details termasuk alamat mana kite nak iye hantar voucher tu ::

Itu saje....siap!
Tunggu je iye sampai di rumah nanti.

Sebelum nie Liz penah redeem remote astro aje hehehe.
Yang lenlain belum try lagi....

Tata...

Monday, June 20, 2016

Pejabat Imigresen Kuala Selangor


Jumaat lepas Liz ngan hubby bercuti.
Pegi amik report card Sarah dan Aiman kat sekolah.
Sarah sesi pagi, Aiman sesi petang.
So nak taknak kene cuti jugak.

Keputusan pertengahan tahun consider ok.
Mama ayah agak berpuas hati.
Make sure exam last year nanti ader peningkatan.
Terutama dari kiraan percentage.

Selain amik report card, hubby ekceli nak pi renew passport.
Kire sekali jalan ar nie.
Sebab hari Jumaat, waktu agak singkat.
So pikir2 malas nak bersesak2, tunggu lama kat Imigresen PKNS Shah Alam tu.
Liz ajak hubby try kat Imigresen Kuala Selangor.
Kalo dari rumah kami nie dalam 30 minit jugak la...
Kami ikut hiway LATAR.
Exit Ijok then terus sampai Kuala Selangor.
Tol RM2.50 tak silap.


:: Pejabat Imigresen Kuala Selangor nie terletak kat level 4 dalam Kompleks PKNS ::
Gambar Liz amik dari Google Street.

Kami sampai tu dalam pukul 11.30pagi.
Hubby je yang pegi sebab Sophea tido.
Tak sampai setengah jam hubby dah turun dan bitau pas lunch boleh datang amik.
Selalunye dalam sejam dah siap sebab kami datang pun dah lambat kan.
Hari Jumaat lak tu.
So balik dulu pas sign report card Aiman tu kami datang semula.

Petang tu setel hal kat sekolah dalam 3 lebih jugak.
Terus shoot ke Kuala Selangor semula.
Sampai dah dekat kul 4petang.
Hubby gi amik, kami tunggu dalam kete.
Tak lama pastu hubby turun.
Semua setel!

Kira tak sia2 kami gamble gi try servis kat Imigresen Kuala Selangor nie.
Takyah tunggu lama-lama pun.
Hubby kate orang pun tak berapa nak ramai.
Kat sini pun ader Pejabat Pendaftaran negara jugak.
Mane tau pasni ader urusan berkenaan boleh try juga servis mereka.


:: Nie sedikit info berkenaan pejabat Imigresen Negeri Selangor. Detail nie Liz amik dari encik gugle. Pasal office hours dorang tu maybe ader perubahan dah sekarang kot. Sebab Liz ader call sebelum tu tanye waktu rehat hari Jumaat hanya dari jam 1 sampai 1.30 je. Boleh try call dulu :-) ::


Thursday, June 16, 2016

Quetart = Kuih Tart


Asal dengor kuih tart,  ingat raya je kan.

Ekceli Quetart nie opismate Liz yang kenalkan.
Beli kat petronas katenye.
Selame nie masuk petronas tak penah perasan pun.
Sekali try....sodap!!
Menepati citarasa tekak acik Liz nie.
Dah beli 3 4 kali dah.

Musim2 tak raya pun memang ader jual.
Liz selalu beli kat petronas Bukit Jelutong kuar tol Shah Alam NKVE tu.
Rasenye sume2 petronas pun ader.


:: Nie rupe dier ::


:: Dalam ader lebih kurang 24 biji. Harga RM 14.31 ::


Sekarang ramai dok cari tart yang Rizalman Ibrahim menjejak kasih tu kan.
Sebab semua pun dah cari, terus closed order orang tu sebab fully booked!
So, bole je korang cari Quetart nie kat petronas.
Insha Allah tidak menghampakan...

(Bukan iklan berbayar ye hikhikhik.....)

Wednesday, June 15, 2016

Setelah Lebih Setahun...



Ehem ehem...
Salam 10 Ramadan 1437H.
(fuh...skema!)

Setelah lebih setahun bertapa.
Sekarang baru kuar dari gua.
Nasib password blogger masih ingat.
Nasib password Nuffnang pun masih ingat jugak hikhikhik...
Tapi ader ke orang datang sini lagi.
Ape-ape jelah...


Untuk permulaan kite bagi tukar baju blog dulu.
Lame dah x pakai baju baru ye.
Konon2 kasi semangat sket kat owner dier nie...


:: Last entry 9 Mac 2015...hehehe...amik kau! ::


:: Ini baju baru... omey dak?! hehehe... ::


Semoga acik terus istiqomah mengapdate ye...

Ohh...belum terlambat, selamat berpuasa semua :-)



Monday, March 09, 2015

Beraya Sakan La Tahun Nie!!


Tadi dapat emel dari Telekom Malaysia.

:: Klik gambar kalo korang nak baca ::

Kalo x clear jugak, meh Liz copy sini.....


Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 4th March 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tmbnotice@outlook.my  

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 30th March 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Terima kasih Telekom...Terima kasih Toyota...Terima kasih TNB sebab bagi saya peluang beraya sakan tahun nie!
Kite suke sangat!!
RM270k tu....
Bukan takat raya puasa, raya haji, raya deepavali, krismas, silap2 masuk chinese newyear next year pun lepas lagi nie nak beraya....


Hahaha...
Kalo la betul ini semua alangkah bahagianya....
Tapi konfem la ini semua poyo!
Saya x main loteri lah mak encek!
Nak menang cemane.

Lenkali xyah la susah2 hantar emel cenggini kat saya ye...
Saya dapat saya delete teruih...
Pi main jauh2 :-)

Friday, March 06, 2015

Rice To Wednesday



Hari Jumaat kalo ader kelapangan memang opis Liz akan aderkan bacaan yasin.
Kebetulan hari nie ader boss bawak nasi kerabu.
Wife dier yang masakkan.
Sedappp.....

Walaupun xder darah pantai timur, tapi Liz memang penggemar makanan pantai timur nie.
Nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi berlauk lagi pebret!

Nah...belanje gambar je kat korang...
Nak hulur jauh sangat!





Bukan setakat bekpes, lunch pun sapedek nie jugak!
Siap masak nasi tambah.

Ok la. selamat berweekend la semua ye!


p/s : selalu sabtu ahad takde entry, tapi tatau la kot2 ter'ada' pulak kan...

Tata.....

Thursday, March 05, 2015

Kisah Semalam


Semalam xde entry sebab Liz bercuti kecemasan.
Ekceli mak Liz ader appoinment kat sepital.
Sementara mak ngan abah balik, Liz tunggu la kejap dak kecit tu.
Abang kakak ayah hantar pi sekolah.
Selalu atuk yang hantar.

 Nak jadi citer, mak abah balik dr sepital dah dekat tengahari.
Memula ingat nak masuk opis lewat sket.
Tapi bile dah masuk tengahari, memang rase M la nak gi kan!
Kalo opis sekangkang kera bole la pecut jam2 tu sampai.
Lagipun mak abah x bape nak sihat.
Mak kate time check up, darah naik pulak.
Sian mak abah :-(

Hopefully mak abah Liz akan kembali sihat.
Tak suke tengok dorang sakit kan :-(
Agaknye penat sebab jage cucu pun iye jugak tu...
Anak2 Liz kalo ngan atuk wan main order je.
Pelempang nanti tau la...
Dah siap2 pesan pasni nie buat semua sendirik.
Jangan mengengade nak suruh wan atuk macam2.


Nie nak share....
:: Alhamdulillah x miss lagi. Almost everyday and harap selamanya....Amin...::


Tuesday, March 03, 2015

Lapar Lapar Lapar....



:: Pagi2 dah lapar....tulun tulun ::

Nampak pulak gambar roti sarang lebah nie.
Dap dap nye....

Nak bekpes ape pun tatau.
Jap gi kul 9 nak meeting.
Tunggu kuih meeting jelah nampak gayenye...

Monday, March 02, 2015

Ujian Pertama Tahun 2015



2 Mac 2015.
Petang nie anak2 kesayangan Liz start ujian sekolah KAFA sampai hari Jumaat.

:: Memo daripada pihak sekolah :: 

:: Tahap 1 dan 2 lain2 timetable, so subjek untuk Sarah dan Aiman berbeza ::

:: Semalam dah suh 2 budak bertuah nie baca buku tapi harapan la....mama ok je...korang yang nak test kan! Kalo result x ok....siap!! ::

Apepun mama doakan Sarah Aiman diterangkan hati dan tenang nak jawab test kejap lagi...
Amin...


p/s : arini gi keje naik motor tumpang hubby sebab jalan jem x hengat! Awal2 pagi dah ader info pasal traffic masuk kat henpon. So amek keputusan xmo drive...hikhik tata :-)

Friday, February 27, 2015

Tayang Muka :-P



Kursus dah abes.
Yeay....dapat la 3 hari.
Kene cari lagi 7 hari utk complete skt tahun nie.

Harini nak menjobo muke sendiri pulak hohoho....


:: Ini makcik gumuk ;-P ::

Tah bile2 la makcik nak nie nak start diet nie.
Baju banyak dah ketat kat pinggang.
Dada pun ketat tapi ader excuse sebab masih bf kan si tecit hehehe....
Buat permulaan kite buat air detox dulu :-)


:: Ini gambar si tecit yang dah tak bape nak tecit ::

Nanti citer lagi yek.

Tata :-)

Thursday, February 26, 2015

Poslaju Problem Pulak




:: Semalam cek poslaju. Kuar cenggini ::


:: Pagi nie pulak, tracking no bole masuk ::


:: Barang dah delivered::


:: Tapi nak tengok detail x dapat ::


Masalahnya, dah delivered pun x sampai kat kite kan.
Tu yang nak tau sampai ke mana.
24hb lagi dah sampai kalo ikut status kat atas tu.


Sabo jelah....

Wednesday, February 25, 2015

Sale Preview



Arini ader sale preview utk member kat ikea kan!
Tapi Liz tak dapat nak pegi.
Harini ader kursus sampai ari Jumaat.
Tak dapek la nak lari.




Sesape gi pagi nie bolehla dapat bekpes free kat sane.
Maybe next time (kalo ader rezeki) bole join jugak.

Tata...gi kelas dulu...

Tuesday, February 24, 2015

24 Februari 2015



Assalamualaikum......

Ader x yang terkejut dengan kemunculan semula Liz?!
Hehehe....

Ini betul2 bukan cubaan...
Bukan sebab lupe password blogger.
Bukan sebab tak teringin nak menaip kat sini.
Tapi tulah, Liz pun tatau ape sebabnya...
Mood kot, maklumlah umor dah makin meninggi, semangat macam ke laut pulak.

Kalo tgk date last post before post arinie tarikh besday Sarah.
11 November 2014.
Tahun lepas ok!

Selamat tahun baru ye semua.
Belum 2 bulan lagi tahun 2015 kan!
Sempat nak wish lagi :-) 

Dan sempena tahun 2015 nie, Liz kasi tukar baju baru kat blog kesayangan nie.
Kasi background ceria2 pulak.
Sayang oooo kat blog nie.
Banyak kenangan, gambar2 Sarah Aiman dari kecik sume dalam nie.
Kenkadang bile tertengok tu terimbas memori2 lama.
Kehidupan kat umah lama.
Kehidupan dulu2.
Macam2 lah.
Sebab tu tamo bersara lagi membloging nie.
At least kenangan sekarang pulak akan jadi memori mase depan kan!
Haaa...tengok, makcik2 bile update blog memang banyak dipengaruhi emosi tau!
Hahahaha....


:: Ini baju sekarang ::


:: Tata baju lame....memang lame tul pakai baju nie...Jasamu sgt Liz kenang ::


Doakan Liz rajin mengapdate lepas nie ye!

Jumpe lagi :-)



Tuesday, November 11, 2014

Sarah Turns 9



11 11 2014...

Hari nie hari jadi Sarah yang ke 9.


:: Kejap je kakak dah besar, dah boleh jaga adik, dah boleh tolong mama ayah macam2 ::


:: Mama doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat ::

Kalau nak tulis doa mama untuk anak2 panjang yang amat.
Tapi mama harap kakak akan menjadi contoh untuk adik2.
Kalo kakak terbaca blog mama nie satu hari nanti, kakak kene tau mama ayah sangat bangga dengan kakak. Kene marah ngan kami tu biasalah. Kene bebel ngan mama tu anggaplah sebagai pedoman di masa hadapan. Kang x bebel korang rindu pulak kan....


:: Ini kat timeline mama arini ::

Tq kawan2 mama yg tersayang sudi wish untuk Sarah.
Balik nanti mama tunjuk kat Sarah.
Dier xder fb sebab mama x benarkan bukak :-)


:: Ini citer malam tadi masa siapkan gudis untuk bawak gi sekolah kakak ::


Jumaat nie mama kene gi Sg Petani sampai Rabu next week.
In sha allah, weekend pas balik outstesen tu kite beli kek untuk kakak ye.
Luv u!!


Ohh....harini jugak blog anniversary Liz tau!
Dah 6 tahun melibatkan diri dlm dunia 'pemblogan' nie rupenye!
Harap blog ini akan kekal sampai bebile sebab byk sgt dah suke duke dalam nie.
Biar x banyak follower pun janji semua leh citer kat sini.
Yang rajin singgah, tq banyak2.
Sayang korang :-)


Friday, October 31, 2014

Aidi Oh Aidi



Menyampah betul la.
Takde keperluan pun nak beli.
Tapi tak tahan.
Selalu beli yg seploh hengget je ok la.
Tu pun kalo tergatal pi Curve.

Tapi 2 3 ari nie, ari2 konfem terklik website aidijuma.
Terklik katenye....
Padehal mak incik yang gatal jari pi klik buat hape.


:: Semalam dah terbeli sebijik bl ::


:: Tadi cek poslaju, udah dalam delivery proses ::


Harap2 dah dapat satu nie, tak menghade2 nak klik2 lagi.
Cam banyak duit sangat ko kan acik Liz!
Dah la bulan depan gaji hujung bulan.
Jenuh nak maintain kan yang ader dlm bank tu.
Huhuhu...



Hagak2 yg mane satu yg acik terklik tu ye :-P


Pas nie kene pose sebulan hahaha....


Thursday, October 30, 2014

Photobook Free - Groupon


Copek copek.
Acik pun baru pasan offer Groupon nie.
Free Photobook 40 page size 6' x 6'.
Yang kocik yo.
Kite cume kene bayar delivery je nanti.




Acik Liz dah selamat menge'buy' dah.
Sekali 2 engkau!
Sebab limit per person pun 2 je.
Kalo tak, mahu semaksima yang bole acik redeem :-P

Ekceli x penah buat pun Photobook nie.
Selalu baca orang lain yang buat.
Cantik2 je nengok.
So sekarang mahu try.
Kene korek gambar anak2 yang cecantik dalam henpon nie.
Acik mane ader kamera canggih2 nak amik gambo.
Pakai gambar henpon yolah.
Gambar acik pun kalo ader bule letak jege hikhikhik...

Jom...time dah limited tu.
Moh ke sini.

Boleh redeem until April tahun depan.
Sempat la nak posing2 baek punye lagi kan!



Wednesday, October 29, 2014

Korang Isi Camane?



Sejak minyak naik 20sen aritu, ader yang suggest suh isi dalam liter kan!
Jadi viral pulak mende nie.
Pandai pulak deme buat kire2 nie.
Memang pun, selama nie kite nie x nampak.
Malas nak pikior sebenarnya!
Cam Liz pun, sejak ader lesen kire2 15 tahun lepas, isi minyak sume ikut duit.
RM20, RM30, RM40, RM50.
Berapa liter yang masuk, haram tak amik tau.
Asal meter minyak naik sudah!
Hikhikhik...

So, sekarang, i is folo...
Dengan hubby2 sekali Liz pakse ikut hahaha...

:: First time aritu isi RM46, dapat 20 liter ::

10 liter = RM23
20 liter = RM46
30 liter = RM69
40 liter = RM92
50 liter = RM115
Ok cukup kire. Tank minyak kete Liz maximum pun tahap tu je :-P


:: Ini kendian hari pulak. Try bayar RM92. 40 liter kiter dapat ye kawan2 ::


Rasenye ok je kalo nak terus isi ikut liter.
Ekceli beza tak banyak pun.
Cuma rase best je tengok liter tu genap2 gitu hahaha...
Tah pape kan....

Tapi kalo tetibe harga minyak seliter naik or turun, kene la buat kire2 baru kan!
Just wait and see.
Buat masa nie...kite folo yolah :-)


Tuesday, October 28, 2014

Santai Anak Anak



Kepala tengah berdenyut2.
Kang kalo dah x tahan sangat kene gak makan ubat.
Kalo x satu keje pun x siap kang.

Sesambil tu sempat gak menghapdate sini.
Gelagat anak2  time weekend.
Nak kuar ayah keje pulak.
So, pepandai la bawak diri ye anak2.


:: Port baru dak Piyah. Dok kat tangga sambil angkut sume toys dier. Nasib baik kakak rajin layankan ::


:: Nie port Dak Piyah kalo tengok citer pebret dier. Hi5!! Baik nye landing. Abang kakak kene ngalah. So layan henpon saje. Ipad kene sorok sebab tengah exam ::


Bile ayah dah balik barulah dapat menghirup udara luar.
Taklah udara sangat.
Dalam mall kot.
Kan sekarang asal petang je hujan.
Tak dapek nak santai2 kat taman.
Asal dapat kuar kan...