Pages

Showing posts with label Info Bergune. Show all posts
Showing posts with label Info Bergune. Show all posts

Monday, June 20, 2016

Pejabat Imigresen Kuala Selangor


Jumaat lepas Liz ngan hubby bercuti.
Pegi amik report card Sarah dan Aiman kat sekolah.
Sarah sesi pagi, Aiman sesi petang.
So nak taknak kene cuti jugak.

Keputusan pertengahan tahun consider ok.
Mama ayah agak berpuas hati.
Make sure exam last year nanti ader peningkatan.
Terutama dari kiraan percentage.

Selain amik report card, hubby ekceli nak pi renew passport.
Kire sekali jalan ar nie.
Sebab hari Jumaat, waktu agak singkat.
So pikir2 malas nak bersesak2, tunggu lama kat Imigresen PKNS Shah Alam tu.
Liz ajak hubby try kat Imigresen Kuala Selangor.
Kalo dari rumah kami nie dalam 30 minit jugak la...
Kami ikut hiway LATAR.
Exit Ijok then terus sampai Kuala Selangor.
Tol RM2.50 tak silap.


:: Pejabat Imigresen Kuala Selangor nie terletak kat level 4 dalam Kompleks PKNS ::
Gambar Liz amik dari Google Street.

Kami sampai tu dalam pukul 11.30pagi.
Hubby je yang pegi sebab Sophea tido.
Tak sampai setengah jam hubby dah turun dan bitau pas lunch boleh datang amik.
Selalunye dalam sejam dah siap sebab kami datang pun dah lambat kan.
Hari Jumaat lak tu.
So balik dulu pas sign report card Aiman tu kami datang semula.

Petang tu setel hal kat sekolah dalam 3 lebih jugak.
Terus shoot ke Kuala Selangor semula.
Sampai dah dekat kul 4petang.
Hubby gi amik, kami tunggu dalam kete.
Tak lama pastu hubby turun.
Semua setel!

Kira tak sia2 kami gamble gi try servis kat Imigresen Kuala Selangor nie.
Takyah tunggu lama-lama pun.
Hubby kate orang pun tak berapa nak ramai.
Kat sini pun ader Pejabat Pendaftaran negara jugak.
Mane tau pasni ader urusan berkenaan boleh try juga servis mereka.


:: Nie sedikit info berkenaan pejabat Imigresen Negeri Selangor. Detail nie Liz amik dari encik gugle. Pasal office hours dorang tu maybe ader perubahan dah sekarang kot. Sebab Liz ader call sebelum tu tanye waktu rehat hari Jumaat hanya dari jam 1 sampai 1.30 je. Boleh try call dulu :-) ::


Friday, March 18, 2011

Hakikat Pernikahan-Untuk Renungan

:: Sumber en gugel (again!!).Pinjam gambar ye tuan tangan :-) ::

Untuk renungan bersama....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
 

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA

melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

InsyaAllah..


**sumber : email

Friday, March 04, 2011

Tanda-Tanda Sebelum Sakaratulmaut

Sedikit tazkirah di pagi Jumaat yg mulai nie.Liz copy paste dr email yg Liz terima dr kawan.


Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung Rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya Seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut Nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian Pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.

Forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita....

Thursday, May 21, 2009

Info Untuk Kite Syer Bersama

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

credit to: isuhangat