Pages

Monday, August 29, 2011

Selamat Ulang Tahun....

Hari nie 29 Ogos 2011.Hari terakhir umat Islam berpose dalam tahun nie.Dan hari nie jugak hari jadi kekasih hati saya.......




To darling hubby,hepi besday to u Sayang!! Semoga akan terus dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dan terus menjadi suami dan ayah yang terbaik utk mama, Sarah dan Iman.
Kami sume sayang ayah selamanya :D

Monday, August 22, 2011

Raihan ft Hujan - Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda

Sekali lagi Liz tgh layan lagu nie utk Aidilfitri yg bakal menjelang :D
Walaupun lagu nie agak catchy tapi cube uols hayati lirik2 dier tu tau...

    Baru ader semangat nak sambut raya,wat persiapan raya,beli baju raya,buat kuih raya hehehe...
  

 Layan lagu je la dulu ye.Citer lain story next entry :D

PEACE ;p 

Monday, August 15, 2011

Bulan Puasa Saya

Hari nie dh 15 hari kite puasa kan!Pejam celik pejam celik sekejap je.Persiapan raya Liz and family pon belum ader lagi.Just semalam baru nak mengorak langkah membeli sepatah dua baju.

Dalam kul 11am weol kuar dr rumah menuju ke PWTC.Apa lagi,terjah Matta Fair la.Round punye round dalam tu yg ofcos la sesak bangat.Nak2 pulak kali nie Liz bawak kanak2 2 org tu.Macam2 peel yg keluar namun ku tahan jua.Last2 dapat la jugak venue utk kami pergi nnt.Tak jauh pun.Dekat2 je :D

Pastu hubyy ajak gi Jalan Tar naik train.Dah kebetulan paking kat PWTC bayar RM8 kan.Liz pulak leh gatal xmo konon2 nak beli kapet kang payah lak nak usung.Tension hubby.Liz pun tension gak coz kene marah bile dh stucked dlm jammed.PADAN MUKE AKU!!Last2 hubby bawak gi Kompleks PKNS Shah Alam (sambil dlm kete dr KL ke Shah Alam membebel2 marah kat bini dier nie).

Kat kompleks pun leh tahan ramai jugak.Dh nak raya nie sana sini jem.Takleh nak wat aper.Utk merawat pilu di hati x gi Jalan Tar,dapat gak la merembat baju melayu hubby ngan Iman.Cari2 baju Sarah,ader yg berkenan xder saiz pulak.Yg mine pulak cam nak survey2 lagi yg kene ngan tema kami tahun nie (sah menggatal Liz kan.Xder langsung nnt baru tau).

Dah dekat2 time berbuka tu weol pi terjah pulak bazar Stadium Shah Alam.This is the 2nd time utk pose tahun nie Liz pegi bazar.First time last week kat bazar Tmn Tun.Tu pun follow my bos.Cam x berkenan sgt nak gi coz akan pasti Liz membeli yg bukan2 dan xkan dimakan.Sangat2 membazir!!

Sambung citer.Kat situ beli la kudap2an sementara cari kedai utk berbuka.Sgt laku peniaga2 kat sini.Semua sold out tau!Last2 weol buke kat kedai mamak coz kedai makan yg kami nak pegi tu PENUH!!

Sampai rumah sume pengsan!Penat jalan dari pagi kan!Ohh..hari Rabu nie insya Allah sambung balik perjuangan kami tu :D

Friday, August 12, 2011

Tazkirah Jumaat

Nak share ngan korang artikel yg Liz copy dr fb.Utk muhasabah diri Liz sendiri juga...



Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan semangat untuk membacenye..

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, August 10, 2011

Alhamdulillah...


 Alhamdulillah...ramadan tahun nie memberi sedikit kegembiraan buat Liz.

 Bonus-alhamdulillah,kerajaan ingat jugak kat kite2 nie walaupun hanye leh dapat baju sepasang 2 je (sile bersyukur ye Pn. Liz)...

 Ingat x bulan Mei aritu Liz amik EXAM nih??

Alhamdulillah....Liz LULUS ketiga-tiga paper (still x caye ni coz ini first time Liz amik dis paper for KPSL).But sgt2 bersyukur padamu Ya Allah.


Oh...harini 10 Og0s 2011....

Nak wish hepi besday utk 2 org sahabat lama (adik2 tersayang) di IIM dulu,Ary dan Mira.Dorang share tarikh lahir yg same :D.Liz rindu saat2 bersama mereka dahulu :(

Dan jugak Hepi anniversary buat adik tersayang (jugak kat IIM) Maszura yg menyambut anniversary arini yg ke berape tahun eh (jap2,rase2 Mas kawen tahun 2008).Eh ye ke?!Betul kot.Sekarang Amsyar pon dh besar dr mummy dier.Heheheh...


ALHAMDULILLAH......

Monday, August 08, 2011

Body Mass Index

BMI terkini as 8-8-2011 adalah 23.8

I
I
I
I
I
I

I
I
v

NORMAL :D


 
Ikut progress :

8-9-2010 -----> 23.8
25-1-2011 -----> 23
7-8-2011 -----> 23.8


 
Semua masih kategori normal walaupun Liz rase besar yg hamat....

Harap2 hujung2 pose nanti dapat berat yg kuidamkan ;P

Sunday, August 07, 2011

Ketuk Ketuk Ramadan 2011

Bulan2 pose nie aper lagi nak buat tetengah hari selain nengok tv kan!Takyah nak pikir2 menu makan tengahari sume.So,mari kite melepak.Nak kuar window shoping pun cam xder mood lagi.Belum nak excited.Tunggu ar 2 minggu lagi kot :D

Semalam la mulenye tertengok rancangan Ketuk2 Ramadan nie.Host ofcos la Sheila Rusli.Dah production tu husband dier yg punye kan!First time tgk terus jatuh cinta pandang pertama *___*

:: Gambar sumbangan Mr Gugle.TQ::

Semalam retis undangan adalah Tauke Jambu.Aper pon x boley!!Terpikat pulak ngan menu asam pedas sardin dier tu.Nanti leh try.Nak citer nie, rancangan nie mmg best pada Liz.Julung2 kali Liz boley ketawa terbahak2 nengok rancangan masakan!Macam nengok Maharaja Lawak.Baik host baik retis undangan.Kelakar dow!Sheila kalo nak sound dier sound tepet je.Terbaik!!Cam tadi ngan Faezah Elai yg comei.Selambe badak dier kenekan org tu yg x kenal bahan2 yg nak dimasak.Citer banyak kat sini pon x gune kalo x nengok.Liz citer pon korang x pahamkan!Bile tgk sendiri tau la...

Ader mase nanti sile la tgk.Konfem terbaik!TV1,time 12.30tgh tiap2 hari (kot).Ke Sabtu Ahad je.Liz pun x sure sgt.Jgn lupe tengok tau :D

Saturday, August 06, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Sebab dah lame x update,Liz letak lagu nie sebagai halwa telinga.Tak ader kene mengena dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia.Tetibe suke dengar pulak.Padahal lagu nie dh lama.






Mengapa kau pergi



Mengapa kau pergi



Di saat aku mulai mencintaimu



Berharap engkau jadi kekasih hatiku



Malah kau pergi jauh dari hidupku




Menyendiri lagi



Menyendiri lagi



Di saat kau tinggalkan diriku pergi



Tak pernah ada yang menghiasi hariku



Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencintai dirimu



Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencinta




Menyendiri lagi



Menyendiri lagi



Di saat kau tinggalkan diriku pergi



Tak pernah ada yang menghiasi hariku



Di saat aku terbangun dari tidurku




Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencintai dirimu



Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencinta




Semoga engkau kan mengerti



Tentang perasaan ini



Maaf ku telah terbuai



Akan indahnya cinta



Maaf sungguh ku tak bisa



Untuk kembali padamu



Maaf ku telah terbuai



Akan indahnya cinta




Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencintai dirimu



Aku inginkan dirimu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencinta




Aku inginkan diri mu



Datang dan temui aku



Kan ku katakan padamu



Aku sangat mencinta

Monday, August 01, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah kite dah pon berpuasa hari pertama bulan Ramadan 1432H.Malam tadi buat pertama kali selepas ader 2 org anak nie Liz selamat menunaikan solat terawih.Last dulu mase bujang2 (6 7 tahun lepas).Ye lah,dah ader 2 henbeg kan ofcos payah nak ke surau.Lagi2 time dorang kecik kenot dulu.Tu pun malam tadi hubby bawak Iman Liz bawak Sarah.Kalau bwk 2 2 sekali tak jadi semayang Liz jawabnya.

Dan malam tadi jugak first time kami bersolat terawih di surau taman kami.Alhamdulillah....sgt2 ramai penduduk yakni jiran2 kami yg bersolat bersama2.Rase sgt bersyukur dikelilingi persekitaran yg demikian.Tak salah kami membuat percaturan utk menetap di sini.Tetibe rase cam suasana cam dh nak raya pon ader.Kanak2 punye ramai,dengan basikal.Memang sgt2 happening!!Pihak surau mmg dh sediakan beberapa khemah kat luar sbb dorang maybe dh bajet surau akan penuh.

Malam tadi Sarah time solat Isyak masih patuh lagi.Solat sama2.Pastu bile ustaz dh mula tazkirah (sebelum solat terawih),dier dh gelisah2 dh.Garu sana.Tarik sini.Serba tak kene.Maybe lame sgt kot.Last2 dier tertido kat pangkuan Liz.Bile nak start solat,Liz suh dier baring kat belakang.Liz mmg saje pilih saf belakang sebab dh bajet mende2 camni.Alhamdulillah,bertahan gak dier.

Balik tu rupenya hubby bitau Iman pun same.Tertidur mase tazkirah.Hubby memula dok dlm surau terus cari port kat luar jugak.Ekceli mmg ramai gak parent yg bwk anak2 kecik.Yg penting dorang x mengganggu perjalanan solat kan!

Insya Allah,tahun nie Liz akan cube utk bersolat terawih sekerap mungkin.Kalo dh kene cuti tu xley buat aper la kan!

Last but not least,Liz nak syer ngan uols :

Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:
 
Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
 
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
 
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
 
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
 
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
 
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
 
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
 
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
 
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
 
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
 
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
 
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
 
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
 
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
 
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
 
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
 
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 
Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.


Selamat Berpuasa Semua :D
(sambil pikir menu utk berbuka hari pertama nih hehehe...)