Pages

Monday, April 30, 2012

Movie Carnival @IPC

Last last weekend (2 kali last hokey!) weol saje gi jalan2 kat Ikano.Kebetulan ader carnival anjuran cinema.com.Weol ape lagi,layan jela....


Kebetulan petang tu turn Alvin ngan Star Wars yang ke udara (hohhh!)

:: Me Princess dgn geng2 Alvin ::

:: Ngan alien lak ::

:: Piranha...movie nie kene tengok nanti bile dah release.Nengok preview cam best je ::

:: Aiman yang memalu (konon!).Orang tu siap offer suh pegang senapang lagik ::

:: The making of costume picture.Kene la mekap2 kan!Memula weol bayar RM10 untuk amik picture nie ::

:: Sarah pilih nak jadi Snow White ::

:: Tersipu2 pulak anak dara saya nie ;P.Malu ngan abg cameraman kot ::

:: Nie mama suh peace ::

:: Sementara nak tunggu gambar Sarah siap, pose dulu ngan robot nih ::




Nak jadi citer,weol tershopping pulak kat Brands Outlet.Kalo purchase more than RM100, bole amik satu lagi costume picture.So turn Aiman pulak nampaknya.
 
:: Ini Batman, hero di hati saya selamanya... :D ::












Hasilnya...



































dan ini
















dan ini















Sekian :-D

Padini Sale >> 30 April - 2 Mei 2012

Moning sume...

Tetibe nak BANGGA bagitau satu dunia yang arini Liz tak bizi muhehehehe....
Selalu asik ngeluh bizi bizi bizi kan!So,kursus dah abes!So boleh gegoyang kaki buat sementara waktu ni hehehhe...(minggu nie je pong :P)


******************************************

Since semalam Aiman ekceli dah demam.Kan dorang lepak umah mak abah since Jumaat ritu.Petang semalam time amik dorang dah kebah sikit demamnya.Weol siap pi teman ayah game bola kat Cheras.Abih game sambung pulak gi Taman Tasik Permaisuri.Mama siap pekena sengkuang kacang.Hubby ngan Aiman siap men badminton.Kakak ngan mama layan diri sendirik....

Bangun pagi tadi badan Aiman dedar balik.Hati Liz dah start tak keruan.Nak gi keje pun berbelah bagi.Kengkawan ramai yang cuti.Nak cuti sayang pulak.Last2 subuh tadi kol mak abah mintak tolong teman Aiman kat umah.Dier kate x larat nak pi sekolah.Dalam kul 7 mak abah sampai then Liz terus kuar gi keje.Ohh..Sarah pun abah yang antar gi sekolah.Nie baru pas kol mak.Aiman sibuk nak makan mee sedap pulak.Kene la atuk pi beli kat kedai depan coz kat umah xder stok.Nasib baik esok public holiday.Leh bagi perhatian sket kat cekodok's tu kan!Best best!!


********************************


Ohh...sedikit info untuk mereka2 yang belum sempat habiskan duit gaji especially yang dapat tunggakan 3 bulan ittew...


:: Ader 2 hari lagi...Selamat bershopping ::

Saturday, April 28, 2012

The Avengers 2012


Baru pulang berdating ngan hubby layan citer nie kat MBO Space U8.Kiddo's memang lepak umah mak abah since semalam.Petang tadi umah xder letrik so hubby balik je keje tros ajak pi layan movie.Panas weh kat umah!!

Overall,citer nie ok la.Cume agak membosankan pada certain2 part.Ke memang Liz nie yang kureng layang citer2 superhero nie kan!Yang betul2 kenal cume Iron Man tu jek hakhakhak!Aper pun xbley!


p/s : dah beli tiket tadi baru terpasan ader citer afdlin shauki 'berani punya budak' tu.Ader Nabil.Ader Awie.Best ke citer tu?Kalo ok boley layan nanti...

Thursday, April 26, 2012

Boling Boling Boling--->Jangan Boring Udah!!

:: Trofi yang Liz ngan hubby dapat time tournament anjuran opis hubby aritu.Dorang main kat Summit.Weol dapat tempat ke 2::

*********************************************

Yang nie pulak gambar yg Liz dapat snap mase tournament anjuran peserta2 kursus opis Liz last siri.Time tu bawak sekali hubby, Sarah dan Aiman coz main kat Pin Junction, The Curve.Sebab se'team' ngan 'org2 besar' nie so main pun agak terkepot2 la sikitkan!Segan ooooo!!!

:: Aiman yang sangat kusyuk.Liz rase kalo bagi can,konfem dier nak try baling tu ::

:: Paling best, kalo Liz strike or spare, konfem Aiman pun terlompat2 bersame Liz hehehe...Pasni kalo ader time, mama nak ajak Aiman ngan Sarah pi main boling pulak la.Kite try aktiviti baru la k! ::

20 Amalan Romantik Suami Isteri

Nak nengok Liz ader dok amalkan ke tak...


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
(Aktiviti wajib weol setiap hari.Liz kan kuar umah dulu dari hubby)

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
(Buat jugak kalo outststation)

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
(Selalunya Liz yg selalu kol hubby.Nak tunggu dier kol,payah sket la ;P.Tapi kenkadang hubby kol jugak...)

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
(Buat jugak kecuali tengah gadoh!!)

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
(Yang nie sangat payah!!Walaupun opis agak dekat tapi bole kire setahun 2x je kot boley lunch sesame)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
(Selalu i je yg report duty hehehe...)

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
(Ader jugak la kecuali kalo 2 2 penat.Hanya diam seribu bahasa muahaha...)

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
(Selalu jugak berselisih paham tapi yg pasti Liz yang mudah mengalah...malas nak panjang2 kan citer.Lagipon---->LeLaKi KaN EGO opsss!!!)

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
(Memang selalu di samping hubby Liz kalo dier tengok bola ---->walaupon Liz TIDO...janji di sisi kan ;P)

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
(Kalo berpisah pun masa memula nak biasakan Sarah Aiman tido bilik masing2.Liz teman Aiman, hubby teman Sarah hehehe)

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
(Selalunya weekend, insya Allah kami berjemaah)

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
(Sangat selalu!!)

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
(Selalunya i le yg rajin menseprise bagai!Hubby selalu kate---->dier x pandai nak romantik bombastik bagai nie...Takpe, mama dah tau dah hehehe)

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
(Bukan setakat senda gurau, bertepuk tampak,bertumbuk memang selalu weol buat.Gurau2 sayang kate orang ;P)

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
(Alhamdulillah,setakat hari nie,kami saling menghargai satu same lain walaupun selalu bercanggah pendapat)

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
(Pasal penampilan tu.....akan berjaya bile dah kurus nanti muehehehe...Setakat nie cube tukar gaya rambut dulu boley?!)

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
(Kami - terutama Liz memang sangat berterus terang.Cume hubby agak slow sikit dlm hal nie.Maybe dier tau bini dier mengong sket kot!Sikit2 nak emo.Sikit2 nak emo.Padehal xde mende pong!)

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
(Saya memang MAHU menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak2 saya.Dan juga orang2 disekeliling saya :-))

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
(Akan buat tiap2 hari.Mulakan dan akhiri hari dengan senyuman :-D.I LOVE U,U LOVE ME,WE ARE HAPPY FAMILY)

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
(Yes...saya akan melakukannya!)



Jom same2 kite....

Wednesday, April 25, 2012

The Chicken Rice Shop...Bukan Sekadar Nasi Ayammm!

Perkara yang membuatkan diet Liz hancur berkecai hari Ahad lepas.Dengan nasi, dengan ais bagai...ishishish

:: Yang hubby makan tu kari ayam yang sedap ::

:: Kakak makan nasi je, ayam tolak tepi ::

:: Set untuk anak2.Ayam tu ayam madu ::

Aiman pun makan nasi sajork ::

:: Sedap kan milo ais :-P ::

:: Ini omak dorang yang punya!!Diet konon!In my dream la huhuhu... ::



Korang x pasan ke tetengah malam gigih mengupdate dak Liz nih.Mane tak.Weekend aritu line maxis bb sangat teruk kat umah ni.Maybe sebab hujan kot!Dah tu pulak semalam 2 hari balik tetengah malam berturut2.Letih mak letih!Padahal banyak dah ready nak up story kat sini.Sekarang...hambik...hehehehe....peace!!

Times Square Theme Park

Gambar2 dekat Berjaya Times Square Theme Park.Kalo x silap weol ke sana last year hohoho...


Layan gambo jelah...

Sebab dah ader kat draf,kite kasi publish jugak muahahha....

:: Entrance kat tingkat 7 Times Square (kalo x silap-kalo silap--->SORI!)::

:: Termain game free ;-P ::

:: Hohh...muke bosan ::

:: Ketapi slow---> layannnnn!!! ::

:: Kete nie pun layannnnn!! ::

:: Cekodok 2 orang nie layan diri sendiri. Mama ayah tunggu tepi aje ::

:: Bumper car-game paling panjang queue ::

Overall, okey lah kalo nak bawak anak2 bersantai2 kat sini.Cume, permainan agak terhad untuk anak2 sebaya Liz nie.Siap naik berulang2 kali game2 yang ader kat situ heheheh....

Sedikit info :
Tiket dewasa : RM 37 (weekend)
Tiket kanak2 : RM 27 (weekend)

Kelas Pra Tahfiz

Alhamdulillah....

Aiman dapat terpilih masuk kelas pra-tahfiz dekat tadika dier.Ekceli kelas tahfiz nie untuk 6 tahun.Tapi Mama Rose (owner kat situ) bagitau yang Aiman dah lepas semua syarat2 yg ditetapkan macam menghafal surah2 lazim.Kelas nie baru je dimulakan kat sini.Kira Aiman and geng nie yg first badge la.Aiman still belajar dalam kelas yg sebelum ni (5 tahun) cuma 3 hari seminggu (Isnin,Selasa & Jumaat) dorang akan dikumpulkan untuk kelas pra-tahfiz nie.

Time parent meeting aritu memang Mama Rose dah bagitau kat Liz hal nie.Mama siap tunjuk buku2 yang akan digunakan Aiman untuk pra-tahfiz nanti.Kalo dapat uniform lagi baik.Nanti insya Allah Liz akan cari yang sesuai ngan Aiman.

:: Makluman dari pihak sekolah ::

:: Student2 kelas pra tahfiz.Aiman yang no 9... ::

:: Ini pulak makluman tentang lawatan sekolah ke Petrosains bulan Mei nanti ::

Insya Allah kalo ader rezeki Aiman berminat untuk terus belajar tahfiz,Liz adalah orang yang sangat2 berbangga!Ilmu dunia kite kejar,ilmu akhirat jangan abaikan,kan!Insya Allah, Aiman boleh memimpin ayah mama kakak dan adik2 yang lain :-)

Tuesday, April 24, 2012

Nota Nukilan Sarah

Citer di bawah berlaku time Sarah demam aritu dan tinggal umah Wan Atok 2 hari.Adik Liz tergelak2 suh bace nota Sarah tulis nie.Time tu Sarah dah kebah dari demam.Terus sakan menulis.

:: Page 1 ::

Liz tulis semula aper yg Sarah tulis tu...

"Terima kasih uwa (uwan-mak Liz ler tu) sebak(sebab) bagi kakak dan Iman makan maggi dan mi sedap.Tamat.
Di dalam buku ni,ni bukan huruf r tau, ni huruf L tau " (sambil tunjuk huruf L dier yg cam r tu)

:: Page 2 ::

''Nak makan KFC.
Tu Sarah minta.
Tamat.
I love (simbol) U, Uwa.
Yang ni kenapa tak kasi bintang ha.''

:: Budak yang baru baik demam time tu ::

:: Page lain pulak ::

"Duduk rumah no 29.
Orang duduk rumah no 29.
Orang duduk rumah no 29 iyalah.
Nama orang duduk di rumah no 29 iyalah
Roseliza 1
Sarah 2
Zulhairizam 3
Aiman 4 "

(sangat berpusing2 tulisan Sarah itu ahaks!)

:: Last but not least. Mama dah penat nak tulis pepanjang.Yang nie kakak tulis nama2 filem yg tgh in sekarang.Besor kecik besor kecik dah jadinya dan Tamat ::

Kesimpulan ----->tulisan kakak kene improve lagi nih....

Friday, April 20, 2012

Rumput Oh Rumput...Bikin Pening Saja

Ohh...ini cerita agak lama.Tapi nak share ngan korang dan jugak supaya kamu orang berhati2 dan tidak terkene macam Liz.

Kalo ader seorang India lelaki datang kawasan rumah korang naik motor dan offer nak pasang rumput karpet,baik korang cek betul2 ok ke tak dier buat keje.Ini berlaku kat kawasan rumah Liz kat Shah Alam okey!Alkisahnya...ader satu ari tu dier pandai pi offer kat hubby nak pasang rumput tu dgn harga rm150 saje.Time tu kami tengah terkalut2 nak kuar.Bile dengar rm150 tu cam murah kan!Tapi sebenarnya mahal utk kawasan sekangkang kera cam depan umah Liz tu.Masa terima offer dier tu tak terpikir pulak kan!

Dah la amik mase dalam seminggu untuk mula keje.Ader je alasan....Pastu yg buat lagi geram,siap mintak bayar separuh.Konon nak buat beli rumput.Mase tu dah sah2 rase kene tipu.Tapi pasrah je la kan.Salah sendiri.

:: Mak Liz pun turut same memantau sebab lembab sangat kejenye ::

:: Memula dier cabut sume rumput2 asal.Nie belah kiri ::

:: Nie belah kanan ::

:: Itu cangkul baru beli tu.Rasenye pakai duit kami bagi separuh tu.Bunguks!! ::

:: Petang tu jugak weol suh dier siapkan ::

:: Baik ko pasang abes sebelum tuan umah nek angin kan! ::

:: Finally....siap! ::

:: Yang nie pun buat Liz geram.Korang nampak guni2 tu kan?Mangkuk tu kate dier akan datang amik naik lori.Last2,sampai ke sudah x nampak batang hidung.Buat semak biji mate tersadai kat depan umah.Hubby jugak yang angkut pi buang kat tepi padang.Huhhh...menyirap sungguh!! ::

:: Ini 3 batang cangkul yg Liz sangat dapat rase dier baru beli untuk siapkan rumput umah kami nie.Pastu terpikir,tah kat mane pulak dier dapat rumput2 yg dier tanam niekan?!Sebab bile kite tanye nursery u katne....konfem dier tergagap2 nak jawab ::


Itu pengajaran untuk Liz dan hubby.Pasnie,kalo nak wat aper2 pon,kene pikir 30x dulu ek!

Rongak :P

Hohhoho....

Mama saje nak letak gambar2 budak rongak kesayangan mama nie....


:: Budak Rongak 1 ::

:: Budak Rongak 2 ::

:: Tensen bebudak 2 orang nie bile mama asik soh pose tunjuk gigi muahahaha.... ::


Lepas dah x bz sok nie, mama akan bawak Sarah Aiman gi jumpe dentist kat Tanglin.Last gi sane last year rasenye.Tapi time tu pun doktor kate gigi2 deme nie xley nak cabut.Biar gugur sendiri.Amik ko,memang gugur sumenye huahuahua....Takpe ye anak2...Pasnie kite bela semula gigi2 kamu tu biar cantik (cam gigi mama ;-P)



p/s :: hari nie hari jadi Mak Tam deme....hepi besday Mak Tam...xder open2 table ke tahun nie?Ingat2 kami yg jauh di Shah Alam nie ye... :-)