Pages

Wednesday, May 30, 2012

Tengah Amik Mood

Kalo ikut last date entry sebelum nie, dah dekat 2 minggu blog Liz nie sepi tanpa entry2 selanjutnya.Walaupun begitu (amik ko ayat!), Liz masih berwalking2, berhoping2 dekat blog korang.Korang je tak tau kan!Hehehehe....

Ekceli, Liz baru je balik dari Langkawi 2 hari lepas.Follow retreat opis.Semalam ngan Isnin Liz sambung cuti nak manje2 ngan anak2 (plus hubby jugak :P).Dah weekend kite bersama2 family terganggu kan so kite balas semula muhehehhe...(kenkadang je bule wat gini tau!).Tambah2 lagi cuti sekolah kan!

This week ngan next week adalah hari2 yang bakal bz untuk team kami (again!) coz next week peserta kursus akan berpusu2 datang! So 10hb akan ke Sg Petani la Liz dan kengkawan semula. Asik ke utara je kami lately.

Ohh...cuti sekolah nie cam bese Sarah ngan Aiman tinggal umah Wan ngan Atuk kat Kapar.Sarah cuti meaning Aiman pun kene la cuti dari gi tadika.Menarik kan!Tapi cuti kali nie my cekodok's tu gi ngaji kat umah Mak Nab (jiran mak Liz).Kalo x sempat ngaji tengahari dorang gi ngaji petang.Best jugak dapat tengok dorang bercampur gaul ngan orang lain.Kalo nak harap mama deme nie sampai ke sudah la membznya.Secara tak langsung dorang mengimbau kenangan Liz masa dibesarkan di sana.Berlari2,main masak2.Yes!!masa Liz amik dorang time balik dari Langkawi ari Isnin aritu dorang tengah main masak2 dgn one of anak jiran mak okeh!Gembira sangat hati nie coz at least Sarah Aiman nie tak la ke'bandar'an sangat kan!!

Rase cam dah cukup entry pemanas badan Liz kali nih.Harap2 aura utk menghapdate akan segera kembali.Last but not least, bagi la kat korang gambar si demok tuan punye blog nie time kat Langkawi aritu.....








:: Si OVERWEIGHT itu ;-P ::

Friday, May 18, 2012

Doa Untuk Anak

Perkongsian pagi Jumaat...



Doa ibu untuk anak2 selalu dimakbulkan Allah (Insya Allah).

Semoga anak2 kita diterangkan hati mereka untuk menerima pelajaran, gembira di sekolah bersama guru2 dan kawan2 dan dipelihara Allah SWT sepanjang masa.Amin...

Thursday, May 17, 2012

Bukti Saya Sudah Gemokkk...


BMI terkini (baru check sat tadi) 26.7 okeh!
Dah termasuk kategori OVERWEIGHT!!


Erk......PENGSAN!!

Wednesday, May 16, 2012

Kepada Semua Guru Di Muka Bumi

SELAMAT HARI GURU!!



Khas buat semua yang bergelar guru x kira la sekolah tadika, rendah, menengah, universiti janji yang menabur ilmu untuk anak2 murid tersayang!Jasa anda semua tidak terbalas dengan wang ringgit!Teruskan perjuangan yang sangat mulia ini :-)

Tuesday, May 15, 2012

IUD


sumber ::google


Jangan pelik kalo Liz tetibe bukak topik IUD kat sini...




[Draf nie dah lama Liz siapkan.Cume x terpublish2 dari aritu.]


Liz nak share ngan uols....ekceli Liz guna method nie utk family planning.First time Liz pasang early 2007, beberapa bulan lepas deliver Aiman.Jangka masa adalah untuk 3 tahun.Kan kalo kite bace kat mane2,ader info yg kate kalo gune iud,percentage kite utk TIDAK terpeknen adalah 99% kan!Dan terbukti Allah Maha Berkuasa,Liz termasuk dlm golongan yg 1% itu!September 2008 Liz disahkan peknen oleh doktor.Doktor kate maybe iud tu tergerak sikit tu yg lekat!.Maka terpakse kuarkan iud dgn seketul darah yg baru nak menjadi.Then Liz pasang iud untuk kali kedua sampailah sekarang.

Dan setelah 5 tahun,sekarang Liz telah mula berkira2 untuk membuka iud tersebut.Perg..ayat skema giler!But yes!Seriously Liz akan menanggalkannya dalam masa terdekat.Sebab tu sekarang kalo mase berlebih,Liz cube menggugle aper2 yg berkenaan dengan pembukaan iud ini.Jeles beb tengok baby2 orang lain.Hahaha.....Sarah pun dah hint2 nak ader baby Mama yang baru!


OK--->yang nie kene update sket!Ekceli hari ni (15 Mei 2012)
 dengan rasminya Liz dah pon meremove iucd itu).Cerite 
lanjut akan diupdate tidak lame lagi :-)



So sesape yang ader pengalaman nak share,silela ye!

Kat bawah nie Liz share aper itu IUD sebenarnya.Kot2 ader jugak yang nak tau kan!


Kaedah Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device – IUD)
Kaedah Alat Instrauterin (IUD)


Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat daripada plastik berbentuk `T’ dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.

Terdapat dua jenis IUD iaitu:-

1. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan “T”. Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.

2. Progestasert Progesterone berbentuk “T” yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.


Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.
Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.

Pemasangan alat IUD

Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.


2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

4. Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-
o Tamat tempoh masa :-
 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
 1 tahun untuk Progestasert Progesterone
o Anda mengandung atau ingin mengandung.
o Anda ingin berhenti memakai IUD.


5. Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran.


Kesan sampingan
Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-

• Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah “anemia”.
• Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-

• Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.

• Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.


Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)

Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-


Jangkitan atau keradangan pelvik.

Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.


Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.

Penyingkiran IUD

Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran

Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy”

Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy” sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.

Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-

• Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
• Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim “ectopic pregnancy infection”

• Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)

• Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-

• Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.

• Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
• Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.


Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

• Sering memeriksa benang IUD

• IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.

o 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
o 1 tahun untuk Progestasert Progesterone

• Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-



• Tidak menghalang hubungan seks.
• Berkesan untuk menghalang kehamilan.
• Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A



Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-


• Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
• Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
• Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
• Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.


Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.



Rujukan


http://www.cfhc.org/html/iuds.htm
Risalah “Contraceptive Methods”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)
Risalah “Towards A Happy Family”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)



sumber : SINI

Friday, May 11, 2012

Baby Baby Baby

Tahniah tahniah tahniah untuk rakan sekerja Liz, Cik Puan Bety yang baru dapat baby girl ari selasa lepas.


Semalam pi visit si tecit Aisyah nie kat umah before dier pulang ke kampung ayahnya di Kelantan harini untuk memantang berpantang.

Hohoho...tetibe Liz rase sangat kekok untuk pegang baby!

Thursday, May 10, 2012

Meninggal Sudah :-(

Hari nie hari last Sarah exam mid term.Mama agak lega :-)

*******************************

Petang semalam Liz sampai umah lagi awal dari Sarah.
Sampai2 je dier kat pintu terus cakap "ader yang meninggal kat umah nie".
Then terus kat bekas ikan dier.
"Nie mama tengok nie.Ikan kakak dah meninggal.Sume sebab mama sapu sampah.Sume habuk masuk kat air.Tu pasal dier meninggal".

Liz tatau nak gelak ke nak sedih.Tapi cara Sarah cakap memang lawak.

Ekceli pagi2 tu dah tau ikan tu nyawa2 ikan.Hubby dah pasan.Hubby ngan Aiman siap tukar air.Maybe time beli ari ahad aritu weol tak tukar air kot.Tu yang tak tahan lama.Ohh...ikan2 tu adalah ikan2 yang baru kami beli hari Ahad lepas sebagai tambahan kepada yang 2 ekor NIE.

:: Dah terapung di awangan awangan ::


Mood : Sedih. Sarah lagi sedih.Tapi nak wat cemane.Takde rezeki.Next time kite beli lain ye Sayang!

Monday, May 07, 2012

Aiman Pi Sekolah

Pagi tadi citer kakak amik pekse. Petang kite kasi up sket citer Imam Muda milik Liz nie. 

:: Time nie Aiman dah nak gi sekolah.Mama masuk lewat sket so bole la anta gi sekolah.Kalo tak, time mama kuar sesubuh gajah tu Aiman tengah tido lagi ::


:: Pose sket ustaz ;-P ::

:: Ohhh...hari nie mama saya suh bayar fee kat cikgu.Kene jage bebaik nie ::

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Start arini sampai hari Khamis, Sarah akan menghadapi peperiksaan mid term sekolah dier.
Sarah yang nak pekse, mak dier yang berdebor lebih.

Since ari Jumaat dah ajak Sarah merevised aper yang perlu.Liz siap menggunakan khidmat pakcik gugle untuk tahu contoh2 soalan budak darjah satu nie kan.Ader la 2 3 site yang agak membantu.At least kite bole tunjuk kat anak aper yang patut dier buat time nak jawab exam nanti.Ekceli sume2 tu pun memang dorang dah hari2 wat kat sekolah cume kite as parent kena jugak bagi penekanan dekat satu2 subjek tu kan!

So far yang Liz jumpe hanye subjek Bahasa Melayu.Yang lain2 subjek tu Liz refer pada buku teks dan buku aktiviti je buat masa nie.Tu baru anak nak exam mid term.Darjah satu lak tu.Mak dier dah menggelabah puyuh dah.Liz bukan la nak kate terlampau berharapkan sesuatu dari Sarah untuk exam nie tapi yang penting dier tau aper itu exam yang sebenarkan!

Kepada Sarah,mama sentiasa doakan agar Sarah diterangkan hati dan berjaya dalam menjawab2 soalan pekse arini dan hari2 yang seterusnya....AMIN...

:: Gambar Sarah umur 4 tahun.Pejam celik pejam celik, hari nie dah amik pekse darjah 1 dah kesayangan Liz nie :-) ::

Thursday, May 03, 2012

MC Sarah Bulan April

:: Ini mc Sarah time dier demam aritu.( 9 & 10 April 2012) ::

Liz saje nak tengok bape haribulan dier demam coz cuti hari selasa aritu (1 Mei)Sarah demam lagi!Maybe secara kebetulan coz last week kan Liz citer Aiman demam.Dan dan jangkit kat kakak pulak.Semalam Liz EL coz nak monitor dier.Memang x larat sangat tengok Sarah.Dah lah 2 beradik tu memang jenis susah nak makan nasi.Dan Liz memang cukup risau kalo Sarah demam coz bile badan sangat panas,Sarah akan meracau2 tau!Tah aper2 bende dier sebut.Lagi2 kalo dier tetibe terjage dari tidur.Cam malam aritu,dier siap jerit2.Liz ngan hubby terus bace ayat kursi, al fatihah bagai.Mane xnye.Tetibekan!Kite nie kalo jadi cenggitu fikir yang bukan2 je.

Dah tu semalam mak abah ajak pi Jeram Kuala Selangor jumpe sorang pakcik nie.Kire cam pakcik nie bole la tgk2 kan aper ekceli jadi kat Sarah.Bukanlah nak pecaya bende bukan2 tapi x salah kalo kite cube cara kampung kan.Sebab before this memang kalo Sarah demam dier x penah jadi cam sekarang.Paling tidak dier baring monyok je selain merengek2 (itu standard).Pastu pakcik tu kate takde pape pun ekceli.Maybe ader mende2 yang singgah sebentar sebab suke ngan bebudak kecik kan.Pastu pakcik tu siap cakap, nie Sarah kuar dari umah atuk nie insya Allah sihat la tu.

Pagi nie alhamdulillah badan Sarah dah x panas.Kejut pi sekolah elok je.Cume arini susu dier x abis dah tu x makan pun baulu cam bese.Maybe tekak x bape nak sedap lagi kot.Mama doakan anak2 mama sihat2 selalu dan sentiasa dilindungi dari perkara2 yang tidak baik.AMIN...