Pages

Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts

Friday, October 07, 2011

Perkara Yang Merunsingkan Saya Kebelakangan Ini

Semuanya terjawab di sini.....     KOSMO ONLINE

Juga di sini.....   UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Dan di sini.....   HARIAN METRO ONLINE


Malah ader juga di beberapa blog2 yang lain


*****************************************

Buat pengetahuan semua, sehingga hari ini Liz masih lagi menghantar anak2 ke sekolah (bukan nursery) dan macam hari ni mak dan abah Liz akan pick up dorang tengahari.Walaupun perasaan bercampur baur namun Liz masih percaya mereka (guru2 kat sekolah) masih mampu mengawasi anak2 kami yang bersekolah ini.Buat makluman sekali lagi, sekolah dan mursery adalah di bawah pengurusan yang sama.

Sekarang juga Liz dah tau masalah sebenar nursery terbabit adalah tidak berdaftar dengan JKM.Satu kesalahan yang agak besar sebenarnya.Dan Liz akui juga,Liz tak siasat pulak awal2 dulu tentang status nursery terbabit kerana percaya dengan kredibiliti pemiliknya ketika Liz jumpe beliau dulu.Masa kami pindah last year pun hanya that nursery yang agak menonjol kat kawasan perumahan kami tu.Jadi itulah antara sebab kami hantar kiddo's di situ.

Liz betul2 harap agar masalah nie akan berakhir dengan segera.Sekiranya benar pihak pengurusan terbabit bersalah dan tempat itu ditutup,Liz akan cube cari nursery lain di kawasan Liz tu utk Iman utk 2 tahun seterusnya.Sarah insya Allah dah xder masalah coz tahun depan dier akan naik darjah satu.

Dan ader satu lagi yang Liz nak tahu dari pihak2 yang berkenaan tentang kes2 yang dikatakan berlaku melibatkan anak2 kecil di situ.Adakah benar atau hanya cerita2 kosong utk tokok tambah kesusahan yang ibu bapa lain alami sekarang??!!

Tuesday, October 04, 2011

Nursery Bermasalah??

Tadi time amik Sarah Aiman kat nursery,Liz jumpe ngan owner nursery tu.Maybe dier memang tengah tunggu parent datang utk amik anak2 kot.Ekceli citer memule camni.Last week on Friday dorang ader bagi satu memo utk parent mengatakan mereka akan aderkan perjumpaan pasal status nursery tu.Macam yang Liz penah citer sebelum nie.Nak jadikan citer pulak,ari Jumaat lepas Aiman dan Sarah demam so mmg Liz suruh mak abah Liz tengok2kan dan x antar ke sekolah dan nursery.Kebetulan hari Khamis malam tu memang Liz balik keje lambat.Kul 10 baru sampai rumah.So,messsage utk perjumpaan tu mmg x sampai pada Liz dan hubby.

Then tadi baru dapat citer sebenar yang mana starting besok, nursery akan ditutup.Rasanya untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut.Dan untuk sementara jugak,anak2 yg umur 4-6 tahun akan dihantar dan dijaga di sekolah manakala below 4 years tu akan ditempatkan di rumah tuan punye nursery itu (yang terletak berdekatan nursery sekarang).Dengar macam agak rumit tapi itulah hakikat kami selaku ibu bapa akan hadapi.Meaning, start pagi esok, Liz dan hubby akan hantar Sarah Aiman terus ke sekolah.Bukan lagi nursery. Dan petang pula Liz akan ambil mereka di sekolah juga. Ermmm..memang rumit kalo korang nak paham tapi takpelah. Biar Liz je yang paham hehehe...Yang pasti, tenaga2 pengajar dan penjaga itu akan terus bersama2 owner utk terus menjaga anak2 kami itu.Itu yang sangat ibu bapa harapkan.

Berbalik kepada kebenaran atau penipuan, siapa yang berada di pihak yang benar, sapa yang salah..hanya ALLAH yang MAHA mengetahui.Liz sentiasa berdoa agar ALLAH akan memudahkan segalanya.Membuktikan yang BENAR dan yang TIDAK BENAR. Sentiasa memelihara anak2 kami sepanjang peninggalan kami selaku ibu bapa pergi mencari rezeki.Besar harapan kami agar KEBENARAN akan terbukti. Lambat atau cepat,yang penting pihak yang salah akan dihukum.

Dan sekiranya (Liz kate sekiranya ye!) pihak pengurusan yang salah,maybe kekurangannya adalah sewaktu di nursey kerana bagi Liz, selama lebih kurang 10 bulan anak2 Liz bersekolah di situ, terlalu banyak improvement yang Sarah dan Aiman telah tunjukkan. Contoh, Aiman yang berumur 4 tahun dah boleh membaca dan mengeja dengan baik.Sarah pula dah bole mengusai Bahasa Melayu dan English dengan baik sekali.Compared waktu dier di Smartreader dulu,dier hanya terer dalam Math!Begitu juga dengan bacaan ayat2 lazim.Liz sangat2 bangga dengan mereka berdua.Dari segi sistem dan cara pembelajaran taska, mereka memang superb!Ini pendapat Liz.Pendapat parent lain Liz tatau.

Esok,Liz akan terus menghantar anak2 ke sekolah seperti yang telah dikatakan tadi.Balik pun sama.Akan tunggu citer selanjutnya bile balik esok petang.Liz sangat2 berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan menemui jalan yang betul.Doakan yang terbaik buat anak2 Liz dan semua anak2 yang bersama2 dengan mereka.


YA ALLAH,Kau tunjukkan kami jalan yang BENAR dan sebenar-benarnya.
Lindungilah anak2 kami sementara kami keluar mencari rezeki.
Sesungguhnya,hanya kepada MU kami memohon.
AMIN...