Pages

Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Tuesday, November 01, 2011

Bayangkan Korang Dalam Situasi Ini

Hari yang x berapa nak ceria for me.
Satu sebab pms (maybe).
Dua sebab Liz x dapat nak gi pembukaan semula taska yang terganggu hari tu.

Semalam cikgu Sarah Iman ader bagitau pasal JKM nak buka semula taska yang now dah officially BERLESEN tu hari ni pukul 3 petang.Alhamdulillah,semua masalah hampir sampai ke penghujungnya.Akan terungkai lah segala kebenaran (harap2) dan orang2 yang selama nie kurang senang dengan pihak taska,bawak2 beristigfar la ye!

Tapi for me, it's a big frustated sebab saya tak dapat join sekali petang nie :(

Adalah sangat2 berharap pagi2 tadi,Liz dapat pergi ke taska utk bersama2 mendapat cerita yang lebih lanjut tapi..................TAK DAPAT!!Terlalu banyak kerje yang perlu disettlekan hari nie dan minggu nie.Sungguh kecewa :(((

Try kol mak ngan abah kot2 dapat pegi tapi abah Liz pun cam bizi je.Sian pulak nak suruh2kan!Makanya,mari teman Liz sama2 bermuram durja di sini...

:: Bukan gambar sebenar.I pinjam en gugle je ::


Tapi hakikatnya,Liz memang sangat2 frustated!Sepatutnya sebagai parent we should be there sebagai tanda kami sentiasa bersama pihak pengurusan kan!Dorang yang take care anak2 kami sepanjang kami di opis (hampir most of the time the whole weekdays sebenarnya compared to time we as a parent dgn dorang,isn't it!!)

Waaa.....tetibe rase nak nangessssss...........................

Friday, October 07, 2011

Perkara Yang Merunsingkan Saya Kebelakangan Ini

Semuanya terjawab di sini.....     KOSMO ONLINE

Juga di sini.....   UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Dan di sini.....   HARIAN METRO ONLINE


Malah ader juga di beberapa blog2 yang lain


*****************************************

Buat pengetahuan semua, sehingga hari ini Liz masih lagi menghantar anak2 ke sekolah (bukan nursery) dan macam hari ni mak dan abah Liz akan pick up dorang tengahari.Walaupun perasaan bercampur baur namun Liz masih percaya mereka (guru2 kat sekolah) masih mampu mengawasi anak2 kami yang bersekolah ini.Buat makluman sekali lagi, sekolah dan mursery adalah di bawah pengurusan yang sama.

Sekarang juga Liz dah tau masalah sebenar nursery terbabit adalah tidak berdaftar dengan JKM.Satu kesalahan yang agak besar sebenarnya.Dan Liz akui juga,Liz tak siasat pulak awal2 dulu tentang status nursery terbabit kerana percaya dengan kredibiliti pemiliknya ketika Liz jumpe beliau dulu.Masa kami pindah last year pun hanya that nursery yang agak menonjol kat kawasan perumahan kami tu.Jadi itulah antara sebab kami hantar kiddo's di situ.

Liz betul2 harap agar masalah nie akan berakhir dengan segera.Sekiranya benar pihak pengurusan terbabit bersalah dan tempat itu ditutup,Liz akan cube cari nursery lain di kawasan Liz tu utk Iman utk 2 tahun seterusnya.Sarah insya Allah dah xder masalah coz tahun depan dier akan naik darjah satu.

Dan ader satu lagi yang Liz nak tahu dari pihak2 yang berkenaan tentang kes2 yang dikatakan berlaku melibatkan anak2 kecil di situ.Adakah benar atau hanya cerita2 kosong utk tokok tambah kesusahan yang ibu bapa lain alami sekarang??!!

Tuesday, October 04, 2011

Nursery Bermasalah??

Tadi time amik Sarah Aiman kat nursery,Liz jumpe ngan owner nursery tu.Maybe dier memang tengah tunggu parent datang utk amik anak2 kot.Ekceli citer memule camni.Last week on Friday dorang ader bagi satu memo utk parent mengatakan mereka akan aderkan perjumpaan pasal status nursery tu.Macam yang Liz penah citer sebelum nie.Nak jadikan citer pulak,ari Jumaat lepas Aiman dan Sarah demam so mmg Liz suruh mak abah Liz tengok2kan dan x antar ke sekolah dan nursery.Kebetulan hari Khamis malam tu memang Liz balik keje lambat.Kul 10 baru sampai rumah.So,messsage utk perjumpaan tu mmg x sampai pada Liz dan hubby.

Then tadi baru dapat citer sebenar yang mana starting besok, nursery akan ditutup.Rasanya untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut.Dan untuk sementara jugak,anak2 yg umur 4-6 tahun akan dihantar dan dijaga di sekolah manakala below 4 years tu akan ditempatkan di rumah tuan punye nursery itu (yang terletak berdekatan nursery sekarang).Dengar macam agak rumit tapi itulah hakikat kami selaku ibu bapa akan hadapi.Meaning, start pagi esok, Liz dan hubby akan hantar Sarah Aiman terus ke sekolah.Bukan lagi nursery. Dan petang pula Liz akan ambil mereka di sekolah juga. Ermmm..memang rumit kalo korang nak paham tapi takpelah. Biar Liz je yang paham hehehe...Yang pasti, tenaga2 pengajar dan penjaga itu akan terus bersama2 owner utk terus menjaga anak2 kami itu.Itu yang sangat ibu bapa harapkan.

Berbalik kepada kebenaran atau penipuan, siapa yang berada di pihak yang benar, sapa yang salah..hanya ALLAH yang MAHA mengetahui.Liz sentiasa berdoa agar ALLAH akan memudahkan segalanya.Membuktikan yang BENAR dan yang TIDAK BENAR. Sentiasa memelihara anak2 kami sepanjang peninggalan kami selaku ibu bapa pergi mencari rezeki.Besar harapan kami agar KEBENARAN akan terbukti. Lambat atau cepat,yang penting pihak yang salah akan dihukum.

Dan sekiranya (Liz kate sekiranya ye!) pihak pengurusan yang salah,maybe kekurangannya adalah sewaktu di nursey kerana bagi Liz, selama lebih kurang 10 bulan anak2 Liz bersekolah di situ, terlalu banyak improvement yang Sarah dan Aiman telah tunjukkan. Contoh, Aiman yang berumur 4 tahun dah boleh membaca dan mengeja dengan baik.Sarah pula dah bole mengusai Bahasa Melayu dan English dengan baik sekali.Compared waktu dier di Smartreader dulu,dier hanya terer dalam Math!Begitu juga dengan bacaan ayat2 lazim.Liz sangat2 bangga dengan mereka berdua.Dari segi sistem dan cara pembelajaran taska, mereka memang superb!Ini pendapat Liz.Pendapat parent lain Liz tatau.

Esok,Liz akan terus menghantar anak2 ke sekolah seperti yang telah dikatakan tadi.Balik pun sama.Akan tunggu citer selanjutnya bile balik esok petang.Liz sangat2 berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan menemui jalan yang betul.Doakan yang terbaik buat anak2 Liz dan semua anak2 yang bersama2 dengan mereka.


YA ALLAH,Kau tunjukkan kami jalan yang BENAR dan sebenar-benarnya.
Lindungilah anak2 kami sementara kami keluar mencari rezeki.
Sesungguhnya,hanya kepada MU kami memohon.
AMIN...

Friday, February 11, 2011

Hari First Kat Nursery Aritu

Tarikh : 3rd January 2011
Masa : 4.30 ptg
Perkara : Hari First Sarah and Aiman Kat Taska
:: Liz, mak and my sis otw to taska utk amik dorang balik rumah ::
:: Haritu Liz antara yg terawal amik dorang coz kat sini mostly parent akan sampai after 5.30pm.Tapi tu utk the first week je.Bile kelas dh start, Liz pun kene amik dorang after 5.30pm gak ::
:: Nampak situasi ok je kan!! ::

:: Dah mula nampak sesuatu?? ::

:: Ye!!Iman menangis dgn jayanya!!::

:: Kakak ok.Dh ader pengalaman kot pegi Smartreader last year ::

:: Mama dier kat situ wat tatau je.Dlm kete,SIAP KAU!! ::

:: Steady la Sarah!! ::

:: Dlm kete x abes nangis lagi ::


:: Dan lagi.My mom yg pujuk dier.Sarah lak bz nengok uniform baru ::



:: Sampai umah,alhamdulillah ok.Try lak uniform baru.Liz tanye nape nak nanges2 tadi.Dier boleh kate dier nak susu tapi malu nak mintak ngan teacher.Sebab tu je nak nangis??!! ::

:: Kat rumah Sarah pulak tunjuk perangai ::

:: Tapi honestly said la,mmg for the first day (or week) time amik my kid's dr nursery tu perasaan sayu je.Tgk muke dorang,tau dorang pun sayu sebak gak.Maklumlah,kawan baru teacher baru,tempat baru.Sume serba baru.Tambah2 lagi first week tu takde kelas lagi.Makin lame la dorang dok melepak kat nursery je.Mesti rase hari tu lambat je kan!Cam kite gak la kat opis baru.Same je rasenye bebudak nih.Hopefully my kids akan seronok kat situ.

 Tupun rasenye berapa hari je first week dorang gi sekolah.Since Liz mc awal Jan aritu,Sarah pun kebetulan demam panas so mmg Liz x antar gi sekolah.Iman pun apalagi,sama la nak dok umah.

Pastu bile dorang dh sihat,pagi2 hubby antar gi nursery.Then tghr abah Liz akan ambil kat tadika kul 12.30pm.But lepas CNY holiday aritu (i dh masuk keje semula),dorang pagi2 akan ke nursery then pkl 5ptg baru Liz amik kat sane.

Masalah Liz sekarang adalah Liz dh noticed yg Iman skrg amat2 berat sgt nk pi school.Liz pun tatau nape.Masih xley nak get along ngan situasi kat school kot.Banyak kali Liz pujuk dier kate Iman untung coz ader kakak gi sekolah same2.Org lain sensorang je.Maybe dier agak muda compared to Sarah yg Liz antar pi school umur 5thn.Tiap2 hari akan nangis before hubby antar.Ayat dier 'ayah jgn lupe suh mama amik Iman ye.Jgn lupe tau!'.Iman Iman!!!Hopefully lepas-lepas nie sumenyer akan berjalan dgn lancar.Amin!!

Tuesday, December 28, 2010

Entry Syahdu Syahduan

Semalam dan harini Liz mc.Demam dan sakit badan.Maybe coz hari Ahad aritu dh mengerah sepenuh tenaga untuk pindah.Barang2 kami kat Kuchai tu dh habis bawak sume walaupun asalnya mmg xnak bawak,tapi.....Cube bayangkan kami dok punggah barang dan bwk turun dr tingkat 5 without lif!Ye tanpa lif ye kawan2!Hubby sewa lori kwn dier dan ofcos kwn dier tlg same.Kalo x mau pengsan Liz ngan hubby 2 org je.

Erm...tinggal 3 hari je lagi tahun 2010 akan meninggalkan kite.Meaning Sarah ngan Iman pun ader 3 hari utk tgl ngan nenek.Ohh..2 hari saje coz Friday Liz dh apply cuti.Kalo korang nak tau,Liz plak yg sedey sgt.Masa first time antar dorang kat nenek,Liz mmg sgt risau.Risau dgn anak2 Liz yg x penah biasa ngan org luar.Tapi lastly, ALHAMDULILLAH.....anak2 Liz sgt gembira tinggal ngan nenek.Sgt syg ngan nenek.Liz tau nenek pun camtu jugak.Pagi tadi time Liz kol makcik bitau besok Liz antar dorang pun makcik cakap rindu sgt kat Iman Sarah coz x jumpe 4 hari.Ohhhh.....syahdu Liz.Lagi2 pulak minggu2 terakhir dorangkan!!Liz mmg dh anggap makcik dan family dier cam family Liz sendiri.Dan Liz takkan putuskan kasih syg Iman Sarah pd 'nenek' mereka tu.Liz akan pastikan every raya kami akan ke rumah makcik.At least, kami ader keluarga tambahan utk dikunjungi :-)

Tadi jugak Liz mengambil kesempatan utk pi setle payment utk nurseri dan tadika Iman Sarah.Serius..Liz yg pertama kali pi nursery mmg agak terkujat bila tgk ramai2 budak camtu kan!!Sian,ader yg tido.Mane yg xley tido tu pandai2 la wat keje sendiri kat atas toto yg dibentang kat ruang tamu utk tido beramai2 tu.Nanti my kiddo's pun camtu la jugak ye!!Kesian mmg kesian.Tapi at least biar dorang rase susah sikit.Dan yg penting,pandai bergaul dgn ramai kengkawan.Buat mula2 nnt,teacher tu ckp dorang xkan ke tadika dulu.Meaning,pagi tu Liz antar Sarah Iman akan stay kat nursery smpi la ptg Liz amik.Liz faham,dlm situasi ramai kanak2 camtu,pengasuh2 tu xkan dapat beri sepenuh tumpuan pd sorang kanak2.Bagi Liz,as long dorang jaga anak2 Liz dgn baik dan selamat dh cukup bagus dan alhamdulillah.Liz xley nk expect dorang jaga my kiddo's cam makcik jage kan!Kire Liz nasib baik jugak coz Sarah Iman dh besar.Kalo yg baru setahun 2 tu camne lak perasaan makpak dorang kan!

Apepun Liz mmg harap sgt2 my 2 kiddo's nie akan dapat terima environment baru yg mmg sgt mencabar minda mereka nie.Tadi Sarah siap nangis time Liz ajak masuk nursery tgk kwn2.Bile tanye nape nangis,dier kate kakak malu ngan kwn2.Maybe dier tgk terlalu ramai sgt kot.X mcm kat rumah nenek.Hanya Iman,Sarah dan Syahirah je.Liz jugak telah dah masih sedang convince budak 2 org nie utk terima hakikat yg mereka akan tinggal kat nursery tu start from next week.Doakan yg terbaik for my kid's ye kawan2!!

Till then.....