Tadi time amik Sarah Aiman kat nursery,Liz jumpe ngan owner nursery tu.Maybe dier memang tengah tunggu parent datang utk amik anak2 kot.Ekceli citer memule camni.Last week on Friday dorang ader bagi satu memo utk parent mengatakan mereka akan aderkan perjumpaan pasal status nursery tu.Macam yang Liz penah citer sebelum nie.Nak jadikan citer pulak,ari Jumaat lepas Aiman dan Sarah demam so mmg Liz suruh mak abah Liz tengok2kan dan x antar ke sekolah dan nursery.Kebetulan hari Khamis malam tu memang Liz balik keje lambat.Kul 10 baru sampai rumah.So,messsage utk perjumpaan tu mmg x sampai pada Liz dan hubby.
Then tadi baru dapat citer sebenar yang mana starting besok, nursery akan ditutup.Rasanya untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut.Dan untuk sementara jugak,anak2 yg umur 4-6 tahun akan dihantar dan dijaga di sekolah manakala below 4 years tu akan ditempatkan di rumah tuan punye nursery itu (yang terletak berdekatan nursery sekarang).Dengar macam agak rumit tapi itulah hakikat kami selaku ibu bapa akan hadapi.Meaning, start pagi esok, Liz dan hubby akan hantar Sarah Aiman terus ke sekolah.Bukan lagi nursery. Dan petang pula Liz akan ambil mereka di sekolah juga. Ermmm..memang rumit kalo korang nak paham tapi takpelah. Biar Liz je yang paham hehehe...Yang pasti, tenaga2 pengajar dan penjaga itu akan terus bersama2 owner utk terus menjaga anak2 kami itu.Itu yang sangat ibu bapa harapkan.
Berbalik kepada kebenaran atau penipuan, siapa yang berada di pihak yang benar, sapa yang salah..hanya ALLAH yang MAHA mengetahui.Liz sentiasa berdoa agar ALLAH akan memudahkan segalanya.Membuktikan yang BENAR dan yang TIDAK BENAR. Sentiasa memelihara anak2 kami sepanjang peninggalan kami selaku ibu bapa pergi mencari rezeki.Besar harapan kami agar KEBENARAN akan terbukti. Lambat atau cepat,yang penting pihak yang salah akan dihukum.
Dan sekiranya (Liz kate sekiranya ye!) pihak pengurusan yang salah,maybe kekurangannya adalah sewaktu di nursey kerana bagi Liz, selama lebih kurang 10 bulan anak2 Liz bersekolah di situ, terlalu banyak improvement yang Sarah dan Aiman telah tunjukkan. Contoh, Aiman yang berumur 4 tahun dah boleh membaca dan mengeja dengan baik.Sarah pula dah bole mengusai Bahasa Melayu dan English dengan baik sekali.Compared waktu dier di Smartreader dulu,dier hanya terer dalam Math!Begitu juga dengan bacaan ayat2 lazim.Liz sangat2 bangga dengan mereka berdua.Dari segi sistem dan cara pembelajaran taska, mereka memang superb!Ini pendapat Liz.Pendapat parent lain Liz tatau.
Esok,Liz akan terus menghantar anak2 ke sekolah seperti yang telah dikatakan tadi.Balik pun sama.Akan tunggu citer selanjutnya bile balik esok petang.Liz sangat2 berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan menemui jalan yang betul.Doakan yang terbaik buat anak2 Liz dan semua anak2 yang bersama2 dengan mereka.
YA ALLAH,Kau tunjukkan kami jalan yang BENAR dan sebenar-benarnya.
Lindungilah anak2 kami sementara kami keluar mencari rezeki.
Sesungguhnya,hanya kepada MU kami memohon.
AMIN...
No comments:
Post a Comment